in , ,

Ibu Ismail Izzani Nafi Tuduhan Anak Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap

Minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang penyanyi popular yang menjadi kegilaan gadis dikatakan sudah berkahwin dengan seorang gadis kerana sudah terlanjur.

Malah, sumber turut mengirimkan gambar memaparkan penyanyi itu bersama seorang gadis cantik jelita dan kedua-duanya sedondon memakai pakaian serba putih.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga ada pihak mengaitkan individu berkenaan dengan penyanyi Ismail Izzani apabila tular gambar didakwa majlis perkahwinan selebriti itu bersama seorang wanita.

Memetik Astro Gempak, ibu kepada penyanyi berkenaan iaitu Datin Suliza Salam menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menerusi edaran DM Instagram mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam selepas menghamilkan seorang wanita.

Ibu Ismail Izzani Nafi Tuduhan Anak Hamilkan Gadis &Amp; Kahwin Senyap

Menurut Datin Suliza, gambar tersebut diambil ketika anaknya menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel iaitu anak Datuk Jamal Yunos, baru-baru ini.

“Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.

“Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa..kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita,,”

– Datin Suliza Salam

Dalam pada itu, Datin Suliza berkata anaknya tidak melenting apabila mendapat tahu tentang hantaran DM berkenaan kerana dia tidak melakukan perkara tersebut.

“Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan, yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

“Tapi, dia relaks je, katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu. Dia takda masa lah nak buat seks rambang, dia pun ada agama,”

– Datin Suliza Salam

Sementara itu, apabila ditanya sama ada anaknya itu sedang menjalinkan hubungan atau single, Datin Suliza menjawab,”Selagi dia belum bertunang atau berkahwin…. dia single, tanya jelah dia”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fauziah Nawi | 17

Seniwati Fauziah Nawi Akui Ada Sebab Tidak Menonton Filem MAT KILAU

Honor 70

HONOR Muat Naik Poster Misteri Ahli Baru HONOR 70, Harga Bajet RM2,000