in , ,

HONOR Muat Naik Poster Misteri Ahli Baru HONOR 70, Harga Bajet RM2,000

HONOR muat naik poster misteri ahli baru HONOR 70, kamera telefon pintar terbaik dalam bajet RM2,000

Susulan kejayaan telefon pintar mercu HONOR 70, HONOR Malaysia di Facebook rasminya memuat naik poster mengumumkan kedatangan ahli keluarga baharu HONOR 70 dalam warna berbeza. 

Buat masa ini, HONOR 70 yang dilancarkan di Malaysia pada Ogos lalu hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

HONOR 70 new member teaser_KV

Berdasarkan poster itu, HONOR memberi bayangan warna baharu tersebut seakan-akan gula-gula kapas yang menunjukkan ada elemen palet warna biru, merah jambu, dan mungkin banyak lagi. Gabungan warna-warna ini pastinya menambahkan lagi keistimewaan pada HONOR 70.

Dengan kedatangan warna baharu tersebut, HONOR 70 mencipta sejarah sebagai telefon pintar pertama di HONOR Malaysia yang menawarkan empat warna pilihan. 

Sejak berdiri atas jenama sendiri, HONOR telah melancarkan beberapa produk antaranya Siri X kegemaran ramai dan telefon pintar tahap mercu pertama HONOR Magic4 Pro. 

Melangkah ke hadapan, HONOR bersungguh-sungguh untuk membawa telefon pintar baharu yang menarik dengan warna terang, kualiti yang premium dengan rekaan ultra untuk memenuhi keperluan harian.

Untuk maklumat terkini tentang warna baharu HONOR 70 atau produk-produk lain HONOR, sila layari https://www.hihonor.com/my/ atau mengikuti Facebook HONOR Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Ismail Izzani Nafi Tuduhan Anak Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap

HARRIS ALIF INTAN LADYANA

Bercuti Atas Kapal Persiaran Mewah, Intan Ladyana Cantik Berhijab