in , ,

Lazada Umumkan Bintang Hallyu, Hyun Bin Sebagai Duta Jenama Serantau Pertama LazMall

Platform eDagang utama Asia Tenggara, Lazada, hari ini mengumumkan pelantikan pelakon terkenal antarabangsa dan bintang Hallyu (Gelombang Korea), Hyun Bin sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. LazMall adalah rakan niaga eDagang pilihan untuk jenama-jenama di seluruh dunia dan kini menawarkan lebih 32,000 jenama tempatan dan antarabangsa di platformnya.

Sebagai salah seorang selebriti Korea Selatan yang telah menempa nama di persada antarabangsa, Hyun Bin terkenal sebagai individu penting yang melonjakkan fenomena Hallyu dengan persembahannya yang memenangi anugerah.

Hyun Bin telah membintangi pelbagai drama televisyen dan filem pecah panggung, termasuk Secret Garden, Memories of the Alhambra, The Negotiation, dan terbaharu, Crash Landing on You. Beliau juga memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang Ke-56 dan Artis Korea Paling Popular di Anugerah Yahoo! Asia Buzz. Hyun Bin menerima Presidential Commendation di Anugerah Kebudayaan dan Kesenian Popular Korea 2020. 

Mary Zhou, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada berkata, “Lazada adalah platform yang pertama untuk memperkenalkan konsep ‘mall’ maya di Asia Tenggara dan kami sukacita untuk mengalu-alukan penyertaan bintang terkenal Hyun Bin sebagai duta jenama serantau pertama LazMall.

Lazada Umumkan Bintang Hallyu, Hyun Bin Sebagai Duta Jenama Serantau Pertama LazMall

Dengan portfolio filem dan drama televisyen yang meluas dan terkenal, Hyun Bin ialah personaliti terkenal yang dihormati oleh peminat di seluruh dunia kerana keperibadian ikhlasnya serta dedikasi luar biasa kepada seninya. Beliau serasi dengan janji jenama LazMall untuk membawakan ketulenan, kualiti, dan destinasi dalam talian yang boleh dipercayai agar pengguna dapat menikmati pengalaman beli-belah serba mudah.”  

Sempena sambutan pelancaran ulang tahun ketiga LazMall dan jualan 9.9,  Hyun Bin akan membintangi filem pendek yang mencetus daya imaginasi peminat dalam watak yang mengingatkan kita kembali kepada aksi dan babak popularnya.

Dalam iklan TV ini, Hyun Bin akan berlakon sebagai ejen yang mengetuai sepasukan perisik dalam misi sulit. Jalan ceritanya sungguh menarik dan menyeronokkan, di mana watak beliau akan melepaskan beribu-ribu pakej bantuan LazMall kepada orang ramai. 

Mengenai peranannya sebagai duta LazMall, Hyun Bin berkata, “Saya amat gembira untuk menyertai keluarga Lazada dan menjalin hubungan dengan peminat di Asia Tenggara sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. Saya tidak sabar untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan bersama semua, bermula dengan pesta beli-belah 9.9 Lazada. Salam sejahtera kepada semua dan saya berharap anda kekal sihat sehingga kita  bertemu sekali lagi secara bersemuka.”

Beliau menambah, “Sesi penggambaran filem pendek untuk kempen ini memang menyeronokkan, terutamanya apabila kita menggunakan kreativiti untuk menunjukkan kecekapan, kebolehpercayaan, dan kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh LazMall kepada pembeli menerusi kisah misi perisik.” 

Pada awal bulan Ogos, LazMall memperkenalkan portal diperibadikan baharu, LazMall Prestige, dengan portfolio luas meliputi lapan kategori di rantau Asia Tenggara dengan lebih 50 jenama premium seperti Bacha Coffee, Bang & Olufsen, Elemis, Longines, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Shanghai Tang, SMEG, serta jenama pilihan terbaharu, La Mer.

Di samping ciri-ciri kegemaran ramai seperti Brand Mega Offers dan dasar pemulangan berani dengan pampasan sehingga lima kali ganda di seluruh rantau, pengguna boleh mendapatkan jenama kegemaran mereka menerusi LazMall. 

Acara 9.9 Big Brands Sale Lazada akan menampilkan jenama-jenama terbesar serantau dan juga peniaga pasaran kegemaran Lazada, dan menggembirakan pengguna Asia Tenggara dengan jualan dan tawaran eksklusif menerusi Brand Mega Offers  dan promosi Flash Sale pada 9 hingga 11 September.

Sempena dengan pesta yang akan diadakan, maskot Lazada Lazzie juga akan memulakan tugas sebagai pelatih idola menerusi permainan terbaharu di LazGames – Lazzie Star. Para pembeli boleh membantu Lazzie menaik taraf keupayaannya sehingga menjadi Super Star, dengan menyempurnakan siri tugasan harian dan misi istimewa untuk mendapatkan  baucar platform, baucar peniaga eksklusif, dan juga ganjaran Lazada Bonus

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini, Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba, yang disokong oleh infrastruktur teknologi terbaik dari Alibaba.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengar Muhyiddin Akan Letak Jawatan Esok, Najib Tampil Bagi Satu Nasihat

Yusuf Bahrin & Dua Adiknya Positif Covid-19