in , ,

Hyper Act Artis Jemputan Konsert Kilauan Emas Minggu Retro & Pop Yeh Yeh

Siaran Langsung Konsert Kilauan Emas Musim 4 (Minggu Retro & Pop Yeh Yeh) akan berlangsung pada 14 Mei 2014 (Rabu), jam 9.00 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Konsert minggu ketiga yang bertemakan Roack & Dangdut pada minggu lalu menyaksikan penyingkiran satu-satunya peserta otai yang berasal dari Singapura, WAKGAN atau nama sebenar Abdul Ghani Bin Tahil, 67 setelah namanya diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukan terendah di akhir rancangan.

Walaupun tersingkir pada minggu lalu, Wakgan telah memberikan satu persembahan mantap dan menarik apabila mendendangkan lagu bertajuk Zakiah dengan penuh bertenaga. Kini tiada lagi lawak jenaka Wakgan yang sememangnya menghiburkan dan mencuit hati penonton.

hyper act

Bagaimana pula dengan nasib 10 otai yang masih kekal pada minggu ini yang bertemakan Rock & Dangdut? Siapakah di antara Ben, Joi, Nas, Zain, Nordin, Arip, Silva, Aziana, Maya dan Raida yang bakal memikat hati juri tetap iaitu Dato’ Haji Ramli MS, Ziana Zain & Dato’ Hattan? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Kilauan Emas Musim 4 (Minggu Retro & Pop Yeh Yeh) akan berlangsung pada 14 Mei 2014 (Rabu), jam 9.00 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Antara barisan artis jemputan yang bakal membuat persembahan istimewa sewaktu konsert ini kelak termasuklah Hyper Act, Haziq AF4, A. Rozaimi, One Nation Emcees, Khairool Idlan, Dwen, Zamree, REM serta ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Emma Stone Berlakon Filem Arahan Woody Allen

Teater Muzikal SudirMANIA di Istana Budaya