in ,

Hussien Abu Hassan Meninggal Dunia

blogDunia perfileman Melayu telah kehilangan satu lagi permata apabila pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Hussien Abu Hassan telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi tadi di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau telah dirawat sejak 20 Ogos lalu akibat mengalami komplikasi buah pinggang.

Beliau yang terkenal dengan watak laksamana Pasola di dalam filem Laksaman Do, Re, Mi meninggalkan balu seniwati Mahyon Ismail, 65, tiga orang anak Dilla (penulis skrip), 44, Fairuz (penyanyi), 42 dan Faizal (pelakon), 40 dan empat cucu hasil perkahwinan ketiga-tiga anak mereka – Natrah (Ayang), 24, Marlissa (12) dan Syarifudin (11) dan Fazryn, dua tahun.

Jenazah beliau sudah ditempatkan di rumahnya di Gombak Setia dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota selepas Zuhur ini.

Belasungkawa
Allahyarham dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937 dan mula menceburi bidang lakonan sebagai watak sambilan dalam filem Sri Mersing pada 196.

Ini diikuti dengan filem Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.

Beliau juga sering ditawarkan watak dalam filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Laksamana Pasola.

Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.

Pada tahun lalu, Hussein menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005.

– Sumber Mstar Online

Salam takziah dari kami di Sensasi Selebriti buat seluruh famili allahyarham. Al-Fatihah… semoga ruh allahyarham bersemadi dengan tenang di alam sana.

[tags]Hussein Abu Hassan meninggal dunia, dead Hussein Abu Hassan, profile Hussein Abu Hassan, filem Hussein Abu Hassan, Hussein Abu Hassan mati, watak antagonis, Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur, cara rawat, komplikasi buah pinggang, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badul, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat, Belasungkawa, gambar Hussein Abu Hassan, jasa pahlawan melayu, Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi, filem Loceng Maut, artis meninggal dunia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila

Gambar Red Carpet Selebriti di Parti 20 Yang Anggun EH! 2007