in ,

LoveLove CuteCute

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Sambut Ulang Tahun ke-10

Meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) meneruskan bantuan di kawasan bergolak, bencana alam dan konflik politik di seluruh dunia. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) aktif menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, Bailtulmaqdis, Tebing Barat, Syria serta di kem pelarain Turki, Lubnan, Jordan dan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

MyCARE telah menyalurkan sumbangan sebanyak 141 juta kepada 22 buah negara seluruh dunia dan telah menyantuni lebih satu juta penerima manfaat sama ada dalam bentuk sumbangan infrastruktur, pendidikan, pek makanan sejak sedekad yang lalu.

Antara keunikan sambutan 10 tahun MyCARE menyaksikan gabungan istimewa dua jenama fesyen terkenal tanah air TudungPeople dan SyomirIzwa Gupta menghasilkan rekaan eksklusif berinspirasikan gamabar-gambar kemanusiaan MyCARE bagi mengumpul dana kemanusiaan sejumlah RM30,000 yang akan disalurkan ke tabung bantuan musim sejuk MyCARE 2020.

Bagi mereka yang ingin membantu meyumbang ke dana tabung kemanusiaan MyCARE dan membeli sambil beramal pembelian boleh dibuat melalui www.mycare.org.my/msc

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) adalah sebuah badan kemanusiaan yang berdaftar [729288-P] dan mempunyai ‘Special Consultative Status’ daripada ‘Economic and Social Council (ECOSOC)’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Bantuan kemanusiaan MyCARE meliputi negara-negara bergolak di Timur Tengah khususnya Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq; komuniti yang memerlukan di Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Thailand; serta kawasan yang ditimpa bencana (banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, kemarau) dalam dan luar negara.

Layari: www.mycare.org.my

mycare

Perlu RM2 juta Untuk Disalurkan ke Palestin, Syria

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mensasarkan kutipan sebanyak RM2 juta untuk disalurkan kepada rakyat Palestin dan Syria sempena musim sejuk yang bakal melanda kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, Bantuan Musim Sejuk MyCARE 2020 berbentuk sumbangan infrastruktur, pek makanan, alat pemanas dan baju sejuk termasuk bantuan Covid-19 itu akan disalurkan hujung tahun ini.

“Keperluan bantuan harian sangat mendesak disebabkan mereka tidak boleh keluar daripada kem penempatan berikutan sekatan pergerakan,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MyCARE di The Vertical, Bangsar South City, di sini, hari ini.

“Walaupun berdepan pandemik Covid-19, MyCARE akan terus aktif menyalurkan bantuan di kawasan bergolak, bencana alam dan konflik politik di seluruh dunia.

“Kita menyedari kesukaran mengumpul dana ekoran kesan pandemik ini, namun saya menyeru rakyat Malaysia untuk membantu saudara Islam kita di Gaza dan Syria,”

– Kamarul Zaman Shaharul Anwar

Dalam perkembangan lain, katanya, MyCARE sudah menyumbang RM141 juta kepada 22 negara hasil sumbangan orang ramai.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh memberi sumbangan melalui akaun Maybank 551575004299, CIMB Islamic 8602135592 atau Bank Islam 12092010034904.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fazura Lancar Single NOKTAH Sebelum Cuti Bersalin Anak Pertama

Yonnyboii Lancar Single BOLEH BLA Bangkitkan Semangat Menghadapi Kata Nista