in ,

Hubungan dengan Anak Sudah Baik, Ibu Aiman Tino Mohon Maaf Kepada Netizen

Kemelut hubungan kekeluargaan antara Aiman Tino dan ibu bapanya dilihat sudah mulai berhujung damai apabila penyanyi itu sudah meninggalkan komen diruangan Intagram ibunya, Hazelina Mat Jalil.

Dalam beberapa perkongsian di media sosial tersebut, ibu penyanyi berusia 22 tahun itu seakan memberi bayangan bahawa mereka sudah berbaik apabila menulis ‘love you forever my son’ dengan disertakan gambar-gambar bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Aiman juga dilihat membalas ucapan tersebut dengan mengatakan rasa sayang kepada ibu dan juga ayahnya.

Hazelina turut memuat naik gambar Aiman Tino dan Farah Hezel yang juga seorang penyanyi dengan kapsyen ‘permata hatiku’.

Hubungan dengan Anak Sudah Baik, Ibu Aiman Tino Mohon Maaf Kepada Netizen

Minta maaf atas yang berlaku

Di kesempatan itu, wanita berkenaan juga telah memohon maaf kepada netizen diatas apa yang berlaku sebelum ini. Dia juga turut memaafkan semua pihak yang mengecam mereka sekeluarga agar tidak mempunyai sebarang ‘hutang’ di akhirat kelak.

Hubungan dengan Anak Sudah Baik, Ibu Aiman Tino Mohon Maaf Kepada Netizen

Hazelina yang selesa disapa Riena mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberikan nasihat dan juga kata-kata semangat sepanjang kemelut yang berlaku.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen diruangan Instagramnya telah mendoakan agar hubungan anak-beranak ini terus berjalan dengan baik.

Mereka juga berharap supaya Hazelina tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sugeh Eco Resort Tiada Pengunjung Aliff Syukri Mengeluh Alami Kerugian Sebab PKP

Rasa Tak Sedap Badan, Syafiq Farhain Disahkan Positif Covid-19