Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Huawei P50 Dijangka Hadir Pada Pertengahan Pertama 2021

Huawei pada hari ini sedia menghadapi masalah dalam mendapatkan komponen untuk digunakan pada pengeluaran telefon pintar mereka.

Namun, buat masa ini, ia dilihat Huawei masih merancang untuk mengeluarkan Huawei P50 seperti biasa mengikut jadual tahunan biasa – iaitu pada pertengahan pertama 2021.

Menurut laporan yang hadir ke arena web hari ini, ia diperkatakan Huawei dalam perancangan memperkenalkan peranti berkenaan pada tahun hadapan. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah bilangan kuantiti yang akan dikeluarkan oleh pengeluar dari China berkenaan.

Ia diperkatakan Samsung dan LG mungkin menawarkan panel OLED untuk Huawei P50 ini kelak. Tidak diketahui lagi cip apakah yang akan digunakan pada siri peranti berkenaan.

Sebelum ini, laporan hadir mengatakan Qualcomm sedia menerima lesen untuk menawarkan cip untuk Huawei.

Menurut TheElec, ia tidak diketahui lagi sama ada siri Mate akan dikeluarkan atau tidak buat masa ini.

Minggu lepas juga menyaksikan Huawei menjual siri Honor mereka kepada sebuah firma baharu – membuatkan jenama berkenaan akan dapat terus beroperasi seperti biasa kembali

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version