in , , ,

Huawei Mengesahkan Tarikh Pelancaran Mate 40 Pada 22 Oktober

Huawei semalam telah membuat satu ciapan bahawa mereka akan mengumumkan peranti pintar terbaharu mereka iaitu siri Mate 40 pada 22 Oktober.

Dikhabarkan bahawa peranti pintar itu merupakan peranti yang terakhir akan menggunakan cip pemproses dari Kirin disebabkan masalah perdagangan di antara Huawei dengan Amerika Syarikat.

Buat masa kini, Huawei tidak mendedahkan sebarang spesifikasi bagi peranti itu dan siri Mate 40 Pro mungkin akan hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci manakala Mate 40 adalah 6.5 inci.

Huawei

Menurut Android Authority, peranti itu akan dijual dengan harga di antara €1,200 dan €1,300 (~RM 4966 – ~RM 5380). Sama-sama kita nantikan pengumuman dari Huawei kelak terhadap peranti ini pada 22 Oktober.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook | 23

Apple Dijangka Mengumumkan Mac Pertama Dengan Cip Apple Silicon Pada November Ini

Shah Iskandar 1 | 24

Shah Iskandar Timang Cahaya Mata Sulung