in

HTC Desire S Nampak Sempurna Dengan Pakej U28

HTC Desire S Nampak Perfect Super Cool Dengan Pakej U28

Hari ini, Budiey tak nak cerita pasal selebriti tapi sebaliknya nak cerita sikit pasal telefon bimbit yang baru je Budiey beli beserta dengan pakej U28 dari U-Mobile nih. Saje nak buat korang cemburu. Hehe:)

Ya, siapa yang tak pernah terserempak dengan HTC, sebuah pengeluar telefon bimbit Android sebab HTC sekarang kan dah makin popular bak bintang.

Budiey rasa sangat kelakar bila mana HTC menambah ‘S’ untuk produk yang menggantikan HTC Desire ni sebab mengingatkan dengan produk iPhone. Namun, itu pilihan HTC, tapi bagi Budiey yang dah pakai telefon bimbit ni, S mewakili kepada SUPER!

Super Cool & Super Awesome! Sebab apa, HTC Desire S ni sebenarnya telah dipertingkatkan dari version sebelum ini. Dari segi body, rupa bentuk fizikalnya memang lebih nipis dan ciri-cirinya juga nampak lebih kukuh dan rasa cool bila dipegang. Berbanding dengan Desire yang sebelum ini, saiznya 0.27mm lebih nipis, 0.22 dari segi lebar dan 4mm lebih tinggi. Dari segi berat pula, Desire S adalah 5gram lebih ringan berbanding dengan model sebelum ini.

HTC Desire S

Ia mempunyai Qualcomm yang lebih baru iaitu 1GHz MSM8255 processor dengan dilengkap pula 1.1GB storage dan 768MB RAM. Dan yang paling bestnya, Android support Flash Player dengan HTC Desire S korang boleh view hampir semua benda di internet seperti apa yang boleh korang view menggunakan laptop atau PC korang.

Dari segi bentuk fizikal pula, di depan HTC Desire S ini punya skrin 3.7″ dengan resolusinya 800 X 480 tapi yang penting sekali ia guna Super LCD berbanding dengan AMOLED. Di belakang pula ada kamera 5MP yang mana korang boleh rekod video 720p HD video. Hasilnya memang gempak habislah. HTC Desire S ni awal-awal dah membuatkan Budiey rasa lebih impressif sebab cukup bagus dari segi kualiti dan magikalnya.

HTC Desire S

Android OS v2.3 Gingerbread. Rata-rata tahu yang HTC Desire S ni menggunakan sistem operasi android, katanya ia adalah antara Operating System (OS) phone yang terbaik di dunia. Dan yang best part pasal HTC Desire S ni adalah ia menggunakan Android v2.3 Gingerbread which is antara platform yang paling latest selepas Android 3.0 Honeycomb (Tablet). Kira nak sama gak la dengan iPhone OS.

Yang pasti, masing-masing ada kelebihan. Maksud Budiey, Android dan iPhone OS ada kelebihan masing-masing seperti Android ni memang semua tahu ia adalah open source, jadi korang boleh dapat aplikasi yang kebanyakannya boleh dapat secara percuma atau boleh direct download, dan korang bebas nak buat dengan sistem operasi ni.

Aplikasi pertama yang Budiey terus ON masa buka HTC Desire ni sudah tentulah twitter dan blog budiey.com. Kelajuannya, haa dengan pakej U28 berserta dengan data internet ni, memang laju la sangat, budiey.com terus loading dengan laju walaupun ada banyak gambar yang besar-besar dalam blog ni. Selain kelajuan, penampilan imej dan gambar sangat terang dan cantik. Selepas tu, Budiey cuba pulak download beberapa games seperti Angry Bird terbaru. Pergh! Superb best!. Semua aplikasi Budiey bukak guna HTC Desire S ni, Budiey rasa sempoi. Untuk 2 jam pertama godek-godek dengan smartphone memang rasa asyik sangat sampai tak sedar hari dah malam.

HTC Desire S

Hari pertama guna, Budiey dah start buka Android Market untuk cari games dan aplikasi yang cool. Budiey cuba browse games apa yang ada kat Android Market Place. Pergh! Memang banyak giler. Rasa macam senarai games ni infinti la pulak dan tak akan habis. Memang tak puas la nak download satu per satu kan. Yang penting, boleh dapat FREE.

Rasanya dengan kerja Budiey yang bertimbun, selain nak update status di Facebook dan Twitter setiap hari, memang pakej 1GB data internet untuk sebulan memang dah memadai.

Fikir-fikir balik bila dah setiap hari Budiey guna HTC Desire S ni dengan main games, update Twitter, tengok video di Youtube, layan Facebook, baca blog, baca dan balas email dan sebagainya tu, rasa sama dengan Budiey guna laptop pulak. Sebijik sama!

Okaylah, Budiey tinggalkan entri ini dengan meletakkan sebuah video promo dari HTC yang memaparkan keistimewaan HTC Desire S ni. Semoga anda terliur untuk mendapatkannya! kalau nak dapatkan satu, bolehlah ambil mana-mana pakej di SINI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bicara Hati

Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing?