in ,

Review Hotel Mercure Perth Australia

Tersergam di bandaraya Perth, salah satu kota terbesar di Australia Barat, hotel Mercure Perth merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terkenal di bandaraya tersebut, Mercure Perth mampu membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Mercure merupakan salah satu jenama hotel yang sangat popular di bawah kumpulan hotel Accor.

Mercure Perth 1754 - Exterior 2

Review Hotel Mercure Perth Australia

[dropcap]T[/dropcap]erletak di kawasan pusat kota Perth, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sering dilewati kenderaan awam kota Perth seperti bas dan teksi.

Diperhebatkan lagi dengan lokasi yang sangat dekat dengan kawasan perniagaan serta membeli-belah Perth, hotel ini juga sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana harga yang ditawarkan di hotel ini sangat berpatutan dan lebih menarik lagi ia berdekatan dengan banyak restoran halal yang menawarkan makanan Malaysia.




[pullquote align=”right”]Dengan 239 bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut dilengkapi dengan kemudahan wifi untuk para tamu yang bermalam di situ.[/pullquote]

Mercure Perth juga mempunyai sebuah gimnasium, dan sebuah kolam renang yang dipanaskan di tingkat paling atas di bumbung untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Beccaria Restaurant, dan Bar yang menyajikan hidangan terbaik di samping Hydrant Bar and cafe bagi yang ingin menikmati minuman sambil bersantai.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Andai tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Mercure Perth di Australia Barat kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi! Untuk keterangan lanjut sila layari http://mercureperth.com.au

Mercure Perth 1754 Lobby (2)

Mercure Perth 1754 - rooftop heated pool

Mercure Perth 1754 - Gym

Mercure Perth - 1754 - Privilege King

Mercure Perth - 1754 - Beccaria Bar _V2A

Semalam di Mercure Perth
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – DON’T BREATHE

Sebab Da’i Aishah & Da’i Daeng Tersingkir dari Da’i Pendakwah Nusantara