in , ,

HONOR X9b 5G Tahan Lasak Buat Pengunjung Kagum di Jelajah Promosi 

Terkenal sebagai telefon pintar tahan lasak, HONOR X9b 5G telah mencuri perhatian ramai semasa jelajah promosi filem War on Terror: KL Anarki di AEON Bukit Mertajam, Pulai Pinant dan GSC MyTown, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu. 

Jelajah berkenaan menampilkan pelakon Aedy Ashraf sebagai anggota pasukan khas antipengganas yang bersikap teguh, sama seperti kekukuhan HONOR X9b 5G.

Jelajah tersebut kini berlangsung di beberapa lokasi di Semenanjung. Peminat boleh berkunjung ke AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru dan IOI City Mall, Putrajaya masing-masing pada 1 dan 3 Disember, jam 6 petang untuk menyaksikan kehebatan HONOR X9b 5G yang Tahan Lasak Semua Sudut di tingkat Concourse pusat beli-belah berkenaan. Selain itu, pengunjung juga akan membawa pulang cenderahati HONOR. 

A participant taking part in smashing the HONOR X9b 5G on wooden planks_1

Pada jelajah di AEON Bukit Mertajam dan GSC MyTown, Aedy telah membuat demonstrasi menunjukkan ketahanan HONOR X9b 5G dengan menghentak peranti itu pada lapisan papan. Beberapa pengunjung juga diberi peluang mencuba membelah lapisan papan menggunakan HONOR X9b 5G.

A participant taking part in smashing the HONOR X9b 5G on wooden planks_2

Aedy turut berkongsi pengalaman bagaimana HONOR X9b 5G memanfaatkan kehidupan sehariannya. “Saya telah menggunakan telefon pintar ini sejak beberapa bulan lalu dan berasa kagum dengan ketahanannya. Percaya atau tidak, saya telah menggunakan senapang paintball untuk menembak peranti ini dan terkejut mendapati tiada kesan rosak padanya,” kata pelakon kelahiran Kelantan itu.  

Aedy Ashraf demonstrating the toughness of the HONOR X9b 5G to mall patrons

Resolusi Tinggi 1.5K untuk Perlindungan Mata & Sesuai untuk Penggemar Filem

HONOR X9b 5G adalah peranti terbaik bagi penggemar filem kerana dapat menghalang keletihan mata dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland. Pengguna dapat menikmati tontonan walaupun pada penggunaan tempoh lama.

Participants bring home HONOR goodie bags

Peranti ini dilengkapi Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci dengan 1.07 bilion warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan sehingga 1200nit. HONOR X9b 5G menjanjikan pengalaman menonton mengagumkan, sesuai untuk maraton Netflix dan video.

Selain itu, HONOR X9b 5G dikuasakan oleh cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, kapasiti bateri besar 5800mAh, HONOR SuperCharge 35W, tiga kamera belakang dan kamera depan 16MP, serba lengkap untuk sebuah telefon mid-range.

HONOR X9b 5G tersedia pada harga RM 1,499 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 759, termasuk Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari dan HONOR CHOICE Earbuds X5.

Maklumat lanjut tentang HONOR X9b boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Lebarkan Sayap Ke Asia Tengah, Terbang ke Almaty, Kazakhstan

LEGOLAND

Meriahkan Keseronokan Percutian Brick-tacular & Tinjauan ke Tahun 2024