in , ,

Hikmah Covid-19, Ada Sebab Badan Zulin Aziz Makin Ramping

Berkongsi foto terbaru di Instagram miliknya, nama Zulin Aziz kini menjadi perhatian netizen apabila perubahan pada bentuk fizikalnya menjadi bualan ramai.

Ramai tahu, artis serba boleh, Zulin Aziz bergelut dengan masalah berat badan sejak lama dulu. Namun, perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak langsing. Zulin memberitahu, tubuhnya mula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Mac lalu.

View this post on Instagram

Tak sabar nak share dengan korang koleksi tudung terbaru dari @dmagiafashion_official ❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,”

– Zulin Aziz

Tidak berahsia, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengaku mengamal sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.

Zulin Aziz

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,”

– Zulin Aziz

Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri,”

– Zulin Aziz

Terdahulu, Zulin merupakan salah seorang selebriti yang sering dikecam netizen dan dijadikan bahan lawak susulan bentuk fizikalnya yang agak gempal.

Sumber: BH Online

What do you think?

33 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Keith Foo

Keith Foo Dalam Telemovie Khas Hari Gawai di RTM

Alami Batuk Berdarah, Paru-Paru Roslan Salleh Dijangkiti Kuman