in

Alami Batuk Berdarah, Paru-Paru Roslan Salleh Dijangkiti Kuman

Di kesempatan itu, Salleh berkata perkongsian dibuat, bukanlah mengharapkan simpati daripada orang ramai, namun ianya adalah sekadar mesej dan peringatan buat rakan-rakan seperjuangan yang masih sihat.

Menurut laporan portal berita, pelakon veteran Roslan Salleh kini hanya mampu menghabiskan masa dengan berehat di rumah. Lebih menyayatkan hati, sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini, Roslan atau juga mesra disapa sebagai Pak Lan telah alami batuk berdarah. Jelasnya, pada awa lnya dia hanya mengalami batuk biasa, namun ianya telah berlarutan sehingga berdarah.

Dalam masa yang sama, pihak hospital telah mengesahkan Roslan mempunyai jangkitan pada paru-paru namun kini beransur pulih.

Roslan Salleh

“Teruk juga batuk Pak Lan sebab darahnya likat dan boleh tahan banyak. Seminggu juga Pak Lan ditempatkan di hospital.

“Doktor beritahu ada jangkitan dekat paru-paru, tekanan darah pun rendah. Tapi Alhamdulillah tak teruk dan sekarang beransur pulih,”

– Roslan Salleh

Dedah pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu, keadaanya terkini juga tidak lagi seperti dahulu dan kadang kala terpaksa bergantung pada kerusi roda selain akuinya ianya disebabkan faktor umurnya yang kini menjengah 63 tahun.

“Berjalan tu boleh tapi dah tak kuat. Kena berpaut dan adakalanya kena sorong dengan kerusi roda, faktor usia mungkin,”

– Roslan Salleh
Roslan Salleh

Peringatan Buat Rakan-Rakan 

Di kesempatan itu, Salleh berkata perkongsian dibuat, bukanlah mengharapkan simpati daripada orang ramai, namun ianya adalah sekadar mesej dan peringatan buat rakan-rakan seperjuangan yang masih sihat.

“Hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang masih sihat.

“Kalau kita diuji Allah dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, hanya harapkan doa dan sokongan moral dari kawan-kawan. Itu lebih besar nilainya.

“Saya mungkin dah tak sihat macam dulu, tapi semangat masih kuat,”

– Roslan Salleh

Sebagai info, Roslan mula aktif di dalam bidang lakonan sekitar tahun 1973. Mempunyai kelulusan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, antara filem-filem popular lakonan Roslan adalah KL Special Force, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan banyak lagi.

What do you think?

34 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hikmah Covid-19, Ada Sebab Badan Zulin Aziz Makin Ramping

Menang Hadiah Wang Tunai Bersama MyGameOn