in ,

Hidap Kanser Usus, Wafa Abdul Kadir Makin Stabil

Ada sumber memberitahu BH Online, Wafa sudah stabil dan sedang berehat di rumah. Alhamdulilah…

Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 51, yang dikhabarkan tidak sihat selepas tersebar berita di laman sosial mengenai dirinya yang menjalani rawatan barah usus, dikatakan makin stabil.

Wafa Abdul Kadir

“Minta maaf sangat, dia perlu berehat dulu. Biar dia sendiri yang beritahu (mengenai penyakit yang dihidapi).

“Akan tetapi untuk makluman semua, keadaannya sudah stabil. Wafa sedang berehat di rumah.

“Berikan dia sehari dua untuk berehat, Insya-Allah dia akan menjelaskan sakitnya itu,”

– Sumber

Berita mengenai kesihatan Wafa tidak stabil tersebar selepas beberapa selebriti memuat naik status di laman sosial mendoakan aktres itu segera sembuh.

Melalui perkongsian pelakon, Fauziah Nawi di laman Instagram, Fauziah menjelaskan dia mendapat kiriman daripada kumpulan WhatsApp lain mengenai situasi terkini Wafa.

Pelakon Sheila Mambo pula berkongsi maklumat Wafa sudah pulang ke rumah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

“Wafa dikhabarkan pulang ke rumah untuk berehat selepas menjalani kimoterapi. Wafa akan kembali menjalani rawatan selepas sambutan Tahun Baru Cina,”

– Sheila

Pada tahun 2014, Wafa pernah menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang leher kesan akibat kemalangan pada 2012.

Wafa yang dikenali melalui filem seperti Azizah The Legend dan drama Gerak Khas adalah isteri kepada jurutera, Tajul Tamimuddin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Juara Lagu 31 Berjaya Raih 6 Juta Penonton

EUREKA Pertaruhkan Single Terbaru KAMU