in ,

Herman Tino Perolehi Wang Taruhan RM10,000 Bertanding PRU13

Penyanyi Herman Tino memberitahu beliau memperoleh wang pertaruhan sebanyak RM10,000 untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas dua rakannya sanggup menggadaikan kereta mereka.

herman tino

[pullquote align=”right”]”Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang,” – Herman Tino[/pullquote]

Artis yang popular sekitar 80-an ini bagaimanapun mengakui gementar dengan debaran penerimaan masyarakat terhadapnya. Tambahnya, dia membuat keputusan untuk bertanding dalam PRU-13 ini dalam masa 36 jam sebelum penamaan calon dibuka pada Sabtu lalu.

Penyanyi berusia 59 tahun itu akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini. Beliau memegang tiket Bebas bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru di kerusi penyandangnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (Barisan Nasional) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman, 49.

“Saya tidak tahu Noh Omar kembali bertanding kerana ingatkan Barisan Nasional akan meletakkan muka baru di kerusi tersebut namun keputusan telah dibuat dan saya tidak boleh berpatah balik manakala perjuangan harus diteruskan.”

Penyanyi terkenal ini memperoleh keyakinan daripada penyokong-penyokongnya yang percaya dengan kebolehannya membentuk keharmonian di kawasan berkenaan.

“Saya tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi manifesto yang saya tampilkan ini adalah untuk mengajak supaya masyarakat Tanjong Karang tidak taksub dengan politik kerana enggan melihat mereka berpecah belah.

“Saya juga memilih manifesto itu kerana tidak berani untuk menjanjikan pembangunan pesat kepada mereka kerana tidak mempunyai wang sebaliknya yakin mampu mengubah mentaliti masyarakat di situ.”

Herman Tino menampilkan tiga manifesto kepada masyarakat Tanjong Karang iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda sebagai bahan kempennya.

Herman Tino ketika ditanya mengapa bertanding sebagai calon Bebas, berkata beliau sebagai seorang artis hanya ingin ‘mencantikkan keadaan’.

“Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang,” katanya.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti ‘Yale Yale’ dan ‘Pelita Dalam Kabus’ mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato’ Haron di sini.

Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.

Selamat maju jaya buat beliau.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perjalanan Percuma Kereta Elektrik Nissan LEAF

Bocik Juara Carta Kumpulan B Bintang Mencari Bintang