in

Perjalanan Percuma Kereta Elektrik Nissan LEAF

Sempena sambutan Hari Bumi, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) akan bekerjasama dengan MyTeksi Sdn. Bhd. (MyTeksi) untuk membuktikan komitmen mereka terhadap alam sekitar dan pengangkutan mapan. Sejumlah Nissan LEAF akan dipandu sekitar Lembah Klang dan menawarkan perjalanan percuma kepada pelanggan yang menempah teksi mereka menerusi MyTeksi, rangkaian tempahan teksi terbesar di Malaysia.

LEAF_MyTeksi Photo_2

[pullquote align=”right”]ETCM bekerjasama dengan MyTeksi untuk menawarkan perjalanan percuma di dalam kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF sempena Hari Bumi![/pullquote]

Kolaborasi ini adalah sebahagian daripada usaha ETCM untuk membantu mempromosi serta meningkatkan kesedaran mengenai kenderaan elektrik sebagai satu pilihan bagi pengangkutan yang mapan. Nissan LEAF merupakan contoh terbaik tentang sebuah kereta yang mampu memberikan keseronokan pemanduan tanpa kompromi, pada masa sama sifar emisi.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato’ David Chen berkata,

“Kempen ini direka untuk memberikan peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menaiki kenderaan 100 peratus elektrik dengan cara merungkai apa jua kebimbangan mengenai kereta elektrik. Selain menyerlahkan pelbagai manfaat sebuah kereta elektrik.”

“Dengan menawarkan perjalanan teksi percuma, kami mahu menunjukkan betapa praktikal, mampu milik dan selesanya Nissan LEAF kami dalam usaha menyumbang kepada alam sekitar yang sifar emisi.”

Perjalanan percuma akan diberikan kepada para pelanggan menerusi dua saluran berbeza. Perkhidmatan ulang-alik di kawasan terpilih dan melalui Aplikasi MyTeksi pada Hari Bumi. Perkhidmatan ulang-alik akan merangkumi kawasan-kawasan popular di Subang Jaya dan Sunway. Para pelanggan perlu mencari Nissan LEAF di lokasi-lokasi ini untuk membolehkan mereka dihantar secara percuma ke destinasi pilihan dalam kawasan ulang-alik berkenaan.

Penumpang-penumpang bertuah yang terpilih melalui tempahan Aplikasi MyTeksi juga berpeluang menaiki Nissan LEAF secara percuma di sekitar Lembah Klang.

Ketua Produk dan Pemasaran MyTeksi, Aaron Gill berkata:

“Kami teruja untuk menawarkan perjalanan percuma dengan Nissan LEAF kepada para penumpang. Kami berharap dapat melihat lebih banyak Nissan LEAF dijadikan sebagai pilihan perkhidmatan teksi pada masa akan datang. Nissan LEAF menawarkan sifar emisi, sekali gus kos lebih rendah untuk pelanggan berbanding kereta yang menggunakan bahan api.”

ETCM juga akan melancarkan satu peraduan Twitter dikenali sebagai ‘Spot, Tweet and Win’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai perjalanan percuma MyTeksi dengan Nissan LEAF. Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 22 – 23 April 2013. Orang ramai boleh mengambil bahagian dengan cara mengikuti tiga langkah mudah untuk layak menyertai peraduan ini.

Pertama, para pelanggan perlu mengikuti @NissanMalaysia di Twitter, cari dan rakam foto Nissan LEAF, sebelum tweet gambar tersebut bersama tagline peraduan iaitu “Cari #LEAF dan menang daripada @NissanMalaysia @MyTeksi #EarthDay2013 kempen perjalanan percuma” (Spot a #LEAF and win from @NissanMalaysia @MyTeksi #EarthDay2013 free ride campaign) kepada @NissanMalaysia. Penyertaan-penyertaan akan dipilih secara rawak. 20 pemenang bakal menerima satu maniatur Nissan LEAF yang eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Nissan di www.nissan.com.my

LEAF_MyTeksi Photo_1

Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.

Mengenai MyTeksi
MyTeksi ialah aplikasi sosial yang berorientasikan kepada keuntungan dengan misi untuk merevolusikan industri teksi. Ia merupakan pemenang tempat kedua pada Pertandingan Pelan Perniagaan, Sekolah Perniagaan Harvard tahun 2011. Produk utamanya ialah perkhidmatan teksi dengan GPS yang dipertingkatkan. Ini membolehkan para pelanggan mendapatkan teksi paling hampir dengan sangat mudah. MyTeksi menggunakan teknologi berasaskan kepada telefon pintar untuk menempah teksi yang pertama di Malaysia. Sejak tahun 2011, pemandu-pemandu teksi telah menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar, MyTeksi untuk mendapatkan tempahan. Sehingga kini, seramai 1,400 pemandu teksi menggunakan MyTeksi yang melibatkan kawasan Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya dan Seremban. Kini, para pelanggan di kawasan terbabit boleh menempah teksi menggunakan telefon bimbit dan tablet mereka (iOS dan Android), SMS atau menghubungi talian 1300-88-2667.

Bermula dengan skala kecil, MyTeksi percaya bahawa perniagaan dan nilai sosial oleh dicapai secara selari. MyTeksi berharap mampu memberi perubahan kepada aspek pengangkutan awam di Malaysia dengan cara memudahkan urusan menempah teksi. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.MyTeksi.com

ETCM dan MyTeksi menawarkan perjalanan percuma di dalam Nissan LEAF sempena Hari Bumi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nor Adibah Juara Program Da’i TV3

Herman Tino Perolehi Wang Taruhan RM10,000 Bertanding PRU13