in , ,

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini. Nah! Here Comes July Begitu Teruja Untuk Berkongsi Semangat Sebagai Anak Muda Pada Hari Malaysia

Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.

HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.

“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.

“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka yang baru tampil dengan lagu Suara Malaysia bulan lalu.

– Here Comes July

Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.

“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,”

– Here Comes July

Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.

“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.

“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.

“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,”

– Here Comes July

Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJ berharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.

Kumpulan Here Comes July Semarak Semangat Patriotik Menerusi SUARA MALAYSIA

“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.

“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.

“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.

“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!”

– Here Comes July

Terdahulu, HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nourul Depp Akhirnya Terbang ke Bali Setelah Sekian Lama Tergendala

Isu Pelawak Popular Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Teman Wanita Sudah Selesai