in , ,

Henti Kecam Safawi, Syifa Melvin Nafi Kikis & Kongkong Kekasih

PELAKON Syifa Melvin menafikan dia menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun berkata, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu memilih untuk tidak bersamanya. Syifa Melvin juga meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata cacian kepada kekasihnya itu selepas timbul kontroversi dia menjadi punca kemerosotan prestasi penyerang itu.

Sebelum ini, Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu dilihat gagal meneruskan rentak konsisten musim lalu apabila bergelut dan gagal memberikan impak seperti yang diharapkan kepada pasukannya.

Syifa memberitahu paparan skrin mesej perbualan antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Safawi yang dikongsikan di Instastory pemilik JDT itu merupakan perbualan lama.

“Berhenti panggil Safawi bodoh. Anda semua tak tahu keseluruhan cerita! Dia bukan saja-saja cakap macam itu! Salah dia cakap begitu tapi dia ada sebab cakap macam itu dan itu adalah perbualan lama.

“Dia muda lagi dan semua orang buat salah! Mengenali hati dia sangat bersih dan baik. Atas tuntutan lain dia terpaksa! Stop this bullsh** la. Anda semua boleh maki saya tapi bukan Safawi.

“Yang cari fasal tu cari fasal dengan aku, jadi aku hadap saja sebab dah lama sangat tak puas hati nampak gayanya. Aku pertahankan dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana,”

Safawi, Syifa Melvin

Syifa menafikan hubungan dengan Safawi menjadi punca prestasi kurang memberangsangkan penyerang itu.

Syifa yang terkejut dengan laporan disiarkan kerana tidak pernah ‘membuka’ mulut selepas kontroversi prestasi Safawi tular, mendakwa dia tidak pernah meminta penyerang JDT itu menyara hidupnya.

Syifa mendakwa, dia bekerja keras mencari duit sendiri dan tidak cukup rehat untuk menampung perbelanjaan harian.

Safawi, Syifa Melvin

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikenali Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yany mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Safawi, Syifa Melvin

Malah, TMJ turut memberi nasihat kepada adik kepada pelakon Syatila Melvin itu untuk tidak mengambil kesempatan kepada bintang muda bola sepak itu.

Sementara itu, netizen mula berkongsi foto Syifa menerima hadiah seperti telefon bimbit jenama Iphone Pro Max dan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) daripada kekasihnya.

Safawi, Syifa Melvin

Syifa bagaimanapun menegaskan apa yang diterimanya itu adalah pemberian daripada Safawi dan dia juga pernah memberikan hadiah kepada kekasihnya.

Syifa turut meluahkan rasa sedih melihat kekasihnya itu menerima kecaman yang teruk pada ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada hari ini.

Safawi, Syifa Melvin

“Berhenti la kongsi Iphone 11 Max Pro, LV. Itu pemberian dan hadiah hari jadi. Dia beri dengan minta boleh bezakan. Kalau tak boleh beza, nampak sangat bodoh. Tanya pula Safawi apa dia dapat?

“Tapi dia lelaki, jenis tak tunjuk. Jadi jangan buat dosa percuma! Tak takut kena koronavirus ke? Daripada menjadi juri, bagilah sokongan moral kepada Safawi.

“Nak dia buat terbaik setiap masa bukan cara ini untuk paksa dia. Anda semua nak dia bersinar kenalah sokong bukan menjatuhkan dia terutama pada hari lahirnya hari ini. What a gift!,”

Safawi, Syifa Melvin

Terbaru, Syifa Melvin menerusi IG Story di akaun miliknya ‘back-up’ dan meninggalkan pesanan buat netizen agar hentikan kecaman terhadap Safawi.

Syifa menasihati netizen untuk hentikan kutukan dan kritikan terhadap Safawi. Malah, dia turut menyifatkan netizen tidak tahu keseluruhan cerita sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Dia turut menjelaskan bukti screen shot perbualan yang tersebar antara Safawi danTMJ adalah perbualan lama.

Selain itu, Syifa turut memohon agar netizen sentiasa memberi sokongan moral kepada pemain JDT itu, bukan hanya kecaman terhadap dirinya. Lebih istimewa lagi, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Safawi dan tidak sepatutnya dia menerima ‘hadiah’ berbentuk kritikan seperti ini.

Sebagai sahabat, Syifa juga menjelaskan bahawa Safawi terpaksa menanggung keluarganya di kampung dan memerlukan banyak kos. Oleh demikian, dia merayu agar menghentikan salah faham ini dan memohon agar Safawi kembali ke perlawanan.

Syifa juga merayu kepada semua pihak untuk memberi semangat kepada Safawi bukannya menghentam Safawi yang kini menanggung kehidupan keluarganya di kampung.

“Saya merayu untuk berhenti fasal salah faham ini dan bawa Safawi ke laluannya semula. Tanggungan dia besar di kampung, jangan buat begini kepada dia!

“Ingat dia budak kampung yang ada tanggungjawab besar untuk keluarga. Jangan jatuhkan dia dengan benda bodoh dan benda peribadi macam ini. Tiada guna!”

Mengulas kontroversi tercetus, Safawi dilaporkan bertekad kembali ‘mengaum’ selepas memperaga aksi kurang memberangsangkan dalam tiga aksi diharungi musim ini.

Syifa berkata, kontroversi tercetus tidak menjejaskan hubungan dengan Safawi.

Safawi, Syifa Melvin

Syifa Melvin turut menafikan dirinya sudah bertunang dengan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Syifa mengulas foto dirinya memakai gaun pengantin rona putih dan memegang sejambak bunga lili dengan tanda pagar #countingdays (menghitung hari) yang dimuat naik di Instagram (IG) yang tular, selepas hubungan dengan penyerang JDT itu hangat diperkatakan..

Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata, foto itu adalah kempen promosi produk kosmetik keluaran adik-beradiknya, Kekasih, yang dimuat naik di laman sosial.

Safawi, Syifa Melvin Safawi, Syifa Melvin Safawi, Syifa Melvin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Beraksi di Konsert Minggu Ini

Lirik Lagu Semalam – Aina Abdul