in , , , ,

Giliran Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Beraksi di Konsert Minggu Ini

Kejayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha membawakan persembahan hiburan terbaik mengisi slot Konsert Minggu Ini sememangnya membanggakan. Pentas Konsert Minggu Ini turut menjadi sohor kini (trending) dalam kalangan penonton setiap kali bersiaran.

Usaha RTM dalam memberikan peluang kepada artis dengan genre berbeza setiap kali bersiaran menonjolkan keunikan tersendiri bagi memenuhi selera peminat sama ada artis solo atau berkumpulan. Begitu juga gabungan kembali artis lama mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu mereka berada di puncak. 

poster KMI Dayang dan Hael

Sabtu ini, membuka tirai musim terbaharu tahun 2020, Konsert Minggu Ini akan menampilkan artis terkenal Dayang Nurfaizah bergandingan dengan Hael Husaini dalam persembahan dijangka mengambil masa satu jam 30 minit bersiaran. 

Program terbitan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM ini akan berlangsung pada 7 Mac ini dari Auditorium Perdana, Angkasapuri dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada jam 9 malam hingga 10.30 malam.

Gabungan duet mantap Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang menjadi kegemaran ramai pastinya menjanjikan persembahan yang bakal dikenang sampai bila-bila dengan seleksi lagu-lagu pilihan sepanjang berlangsungnya konsert ini.

Orang ramai turut dijemput hadir berama-ramai ke Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.

dayang dan Hael...gandingan mantap

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1

Henti Kecam Safawi, Syifa Melvin Nafi Kikis & Kongkong Kekasih