in

HBO Siar Acara Anugerah Oscars di Asia

 

Pengalaman Lengkap Oscars® Di HBO Bermula Dengan Pengumuman Calon Secara Langsung Pada 24 Januari, 9.18 Malam

Saksikan: HBO’s Ultimate Oscars® Experience treler

HBO sekali lagi menjadi saluran yang bakal membawa siaran Oscars® di Asia tahun ini. Pelanggan di Asia dapat menikmati pengalaman lengkap Oscars® dengan 89th Academy Awards terus dari Hollywood merentasi pelbagai skrin di TV dan peranti mudah alih yang bersambung, serta juga siaran eksklusif ‘red carpet’ dan wawancara di belakang pentas, di laman web dan platform sosial rangkaian televisyen ini.

HBO SEKALI LAGI MENJADI SALURAN YANG MEMBAWA SIARAN ACARA ANUGERAH OSCARS® DI ASIA

Bermula dengan 89th Oscars® Nominations (Pencalonan Oscars® Ke-89), beberapa ahli Academy yang juga pernah menang dan dicalon untuk Oscar®, termasuk Jennifer Hudson, Brie Larson, Emmanuel Lubezki, Jason Reitman dan Ken Watanabe akan menyertai Presiden Academy Cheryl Boone Isaacs untuk mendedahkan 24 kategori anugerah Oscar® di 89th Oscars® Nominations. Saksikan pengumuman ini secara langsung di HBO (Astro saluran 411 / 431) dan di Astro On The Go untuk pelanggan HBO pada jam 9.18 malam, 24 Januari 2017.

The 89th Academy Awards akan ditayangkan pada 27 Februari secara langsung dan eksklusif merentasi Asia di HBO (Astro saluran 411 / 431) dan dialirkan secara langsung di Astro On The Go untuk pelanggan HBO bermula dengan Oscars® Red Carpet ‘Live’ dari jam 8 pagi diikuti oleh acara 89th Oscars® pada 9.30 pagi. Kedua-dua program akan berulang pada malam hari yang sama di HBO pada jam 7 malam dan 8 malam. Diadakan di Dolby Theatre® di Hollywood & Highland Center® di Hollywood, acara 89th Oscars akan dihoskan oleh hos dan produser program lewat malam, dan pelawak, Jimmy Kimmel. Ini adalah kali pertama Jimmy Kimmel akan menjadi hos Anugerah Academy.

Sebagai penghormatan kepada pemenang lalu, HBO akan menayangkan beberapa filem pemenang Oscar di HBO. Sila rujuk kepada pengaturcaraan Oscars® yang penuh di bawah:

Tarikh Waktu Tajuk
Secara langsung di HBO 
24 Januari 9.18mlm

di HBO

LIVE NOMINEE ANNOUNCEMENT OF 89TH ANNUAL ACADEMY AWARDS® 2017
Filem pemenang Oscar® di HBO:
26 Januari 10.50mlm

di HBO

ARGO – Winner of 2013 Oscars®

·         Best Picture (Grant Heslov, Ben Affleck and George Clooney, Producers)

·         Best Film Editing (William Goldenberg)

·         Best Writing (Adapted Screenplay) (Screenplay by Chris Terrio)

1

Februari

9.45mlm

di HBO

INGLOURIOUS BASTERDS – Winner of 2010 Oscars®

·         Best Actor In A Supporting Role (Christoph Waltz)

26 Februari 3.20ptg

di HBO

SHREK – Winner of 2002 Oscars®

·         Best Animated Feature Film (Aron Warner)

6.50ptg

di HBO

AMERICAN SNIPER – Winner of 2015 Oscars®

·         Best Sound Editing (Alan Robert Murray and Bub Asman)

10.35mlm

di HBO

MAD MAX: FURY ROAD – Winner of 2016 Oscars®

·         Best Costume Design (Jenny Beavan)

·         Best Film Editing (Margaret Sixel)

·         Best Makeup and Hairstyling (Lesley Vanderwalt, Elka Wardega and Damian Martin)

·         Best Production Design (Production Design: Colin Gibson; Set Decoration: Lisa Thompson)

·         Best Sound Editing (Mark Mangini and David White)

·         Best Sound Mixing (Chris Jenkins, Gregg Rudloff and Ben Osmo)

Secara langsung di HBO / Astro On The Go
27 Februari 8pg OSCARS® RED CARPET ‘LIVE’ 2017
9.30pg THE 89TH ANNUAL ACADEMY AWARDS® ‘LIVE’
Siaran ulangan pada malam hari yang sama di HBO
27 Februari 7mlm OSCARS® RED CARPET 2017
8mlm THE 89TH ANNUAL ACADEMY AWARDS®

 Sertai perbualan: #HBOAsiaOscars17

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelodak Dari Langit Rungkai Episod Hiba Mangsa Tragedi Bah Kuning 2014

Lagu Tema Drama GOBLIN Trending di Youtube Malaysia