in , ,

Hatta Dolmat Terima Pengiktirafan Pereka Fesyen Koleksi Lestari Pertama Malaysia

Tahniah buat Hatta Dolmat muncul sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam sehingga mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.

Hatta Dolmat merupakan pereka fesyen pertama di Malaysia yang merevolusikan penghasilan pakaian lengkap secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah. Setelah dinobatkansebagai salah seorang penerima ‘Successful People in Malaysia’ oleh British Publishing House LTD baru baru ini, beliau kini telah menerima pengikitirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai Pereka Fesyen Pertama yang Menghasilkan Rangkaian Koleksi Lengkap berasaskan Kelestarian di Malaysia.

Menurut Hatta, ini merupakan pencapaian tertinggi yang beliau perolehi dan beliau menitipkan rasa syukur dan terima kasih kepada Malaysia Book of Record di atas penganugerahan yang diberikan.

Hatta Dolmat Terima Pengiktirafan Pereka Fesyen Koleksi Lestari Pertama Malaysia

Pertama kali memperkenalkan koleksi rangkaian aksesori dan beg saya yang diperbuat daripada botol plastik terbuang yang dikitar semula sebagai sebahagian daripada portfolio pada tahun 2020 untuk memenuhi kehendak komuniti dan pengikut saya yang mencari produk tahan lama, mampu milik namun masih premium dan memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian.” kata Hatta Dolmat, Presiden KLYDA dan CEO bagi HATTA DOLMAT DESIGN. 

“Selama ini, saya melakukan perbanding tara dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif corak dan identiti sesuatu produk dan saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat. Justeru, ini memberi kesan kepada proses rekaan motif, reka cipta, jahitan, penghasilan dan akhirnya membawa kepada rangkaian koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik,” kata Hatta Dolmat.

Koleksi aksesori, beg dan hijab yang bernaung di bawah nama jenama Hatta Dolmat kini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net, akaun rasmi Shopee Mall Hatta Dolmat Official Store atau melalui agen agen yang terpilih.

Hatta juga kini rancakmenyediakan rangkaian koleksi terbaru beliau atas hasil kerjasama bersama Malaysia Airport Berhad melalui platform ShopMyAirport.

Hatta Dolmat juga bakal melancarkan koleksi tudung eksklusif dan pelitup muka rekaan khas beliau pada Mei ini hasil kerjasama strategik antara Hatta Dolmat dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre. Hampir 200 botol plastik terbuang telah dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi ini.

About Hatta Dolmat Design

Hatta Dolmat (HD) is a private company and the name of the fashion designer that survives in the fashion industry for decade. Established in 2005, Hatta Dolmat offers a variety of de- signs for the celebrities, socialites, VVIPs and the buyers according to the customized designs that they requested.Starting in 2014, Hatta Dolmat has produced gala events and reality competition that promotes the fashion and entertainment industry to the mass market, media and public. Striving to establish the name of the brand; Hatta Dolmat has moved to sustainable fashion officially in 2020 and hoped to beable to represent Malaysia in the international fashion platform.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Bakal Lancar Produk Audio Baru, Bakal Bersaing dengan Clubhouse

Sering Dilabel ‘Pelakon Kayu’, Fattah Amin Terkejut Menang Pelakon Lelaki Terbaik