in , ,

Sering Dilabel ‘Pelakon Kayu’, Fattah Amin Terkejut Menang Pelakon Lelaki Terbaik

Tahniah buat Fattah Amin yang berjaya merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021. Ramai betul yang tak sangkakan?

Sering dilabel sebagai pelakon kayu, Fattah Amin berjaya menepis tanggapan tersebut apabila lakonannya dalam filem Mimaland merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Menurut laporan BH Online, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu mengakui terkejut selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan selain menganggap kemenangan tersebut adalah rezeki.

FATTAH AMIN
“Sebaik melihat nama tertera di laman web WFC sebagai pemenang, saya jadi terkejut. Memang saya tidak sangka.
“Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik. Bagaimanapun…
“…saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa,” katanya.

Tambah pelakon berusia 31 tahun itu, ia secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin semangat dalam berkarya kerana kemenangan itu bukan berdasarkan undian peminat.

“Seperkara yang menarik mengenai anugerah ini adalah ia dibuat berdasarkan penilaian juri profesional, bukannya atas undian,” ujarnya.

Selain Fattah, filem bergenre seram arahan Nevin Hiong itu turut dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Pada 2017, penyanyi lagu Wanita Terakhir itu telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 30.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Terima Pengiktirafan Pereka Fesyen Koleksi Lestari Pertama Malaysia

Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul Menarik Perhatian 2.2 Juta Penonton di Episod 6