in ,

Hatta Dolmat Pereka Fesyen Pertama Lancar Koleksi Lestari Untuk KLFW Digital 2020

‘HD MONOGRAM’, Hatta Dolmat Merevolusikan Industri Fesyen Tempatan Dengan Penghasilan Koleksi Lestari Pertama Di Malaysia Dengan Menggunakan Plastik Botol, Bakal Dilancarkan Di Klfw Digital 2020 November Ini

Hatta Dolmat merupakan pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan peng- hasilan pakaian secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan den- gan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah. Beliau menggabungkan elemen fesyen dan kemampanan alam sekitar sebagai paksi utama koleksi HD Monogram yang bakal dilancarkan di KLFW Digital November ini.

Dengan memandang isu lambakan sisa plastik dan tekstil yang berleluasa serta mengambil serius terhadap industri fesyen yang merupakan antara industri terbesar yang menghasilkan sampah selepas industri petroleum, Hatta Dolmat berhasrat bahawa usaha beliau ini dipandang utuh oleh kerajaan Malaysia serta pemain industri tanah air agar sama sama berganding bahu bagi membantu memulihara alam sekitar.

FROM LEFT_ NIK SUZILA (DIRECTOR OF KLOTH CARES), MDM ALEEYA (OFFICER OF SWCORP) AND HATTA DOLMAT

Beliau juga yang bermula sebagai seorang pelukis dan artis berpendapat, pereka fesyen seharusnya menjadi lebih peka terhadap masalah isu semasa dan melihat apa yang boleh dibantu melalui hasil rekaan dan seni masing masing.

Sejak 2015, Hatta Dolmat telah berjinak secara perlahan dengan penghasilan koleksi yang menjurus ke arah kelestarian alam sekitar seperti penghasilan beg pouch daripada sisa perca kain koleksi Bettle 2015.

FROM LEFT_ SUMATRA APPAVOO (DEPUTY DIRECTOR OF SWCORP), HAJI ISMAIL BIN MOKHTAR (CEO OF SWCORP), HATTA DOLMAT AND NIK SUZILA (DIRECTOR OF KLOTH CARES)

Beliau juga telah bergiat secara senyap dengan menghasilkan rekaan tali leher daripada perca kain jeans dan denim hasil kolaborasi beliau bersama Levi’s pada 2016 dan terbaru beliau telah menghasilkan koleksi ‘bucket hats’ yang diperbuat daripa- da perca kain koleksi Tassel Eid Adha dan dijual kepada pelanggan dan pengikut beliau se- cara meluas baru baru ini.

HATTA DOLMAT WITH MDM ALEEYA (OFFICER OF SWCORP)

Hatta Dolmat telah membuktikan bahawa, sisa fabrik yang bi- asanya dicampak ke tapak pelupusan sampah oleh pereka fesyen, tukang jahit mahupun mereka yang bergiat di dalam industri fesyen sebenarnya mampu untuk dijadikan sebagai produk baru yang berkualiti tinggi jika diaplikasikan dengan kreativiti dan kebijaksanaan sesorang pereka tersebut.

Tahun ini, sejajar dengan gerakan kempen ‘Hatta Dolmat’s: Sustainable Awareness Movement’ dan sambutan ulang tahun Hatta Dolmat ke-15 di dalam industri fesyen, Hatta akan melancarkan koleksi lestari sedia pakai HD Monogram khusus bagi KLFW Digital 2020 pada November ini yang akan disiarkan di saluran Hurr.TV.

Koleksi sedia pakai ini meng- gabungkan kombinasi skirt lipit bersama seluar labuh bersaiz ekstra serta pakaian lapisan luar seperti jaket, ‘bucket hat’, kasut but tinggi, ‘stilleto’ dan bag silang yang menggambarkan aura glamor Paris sekitar 60an.

HATTA DOLMAT WITH HIS RECYCLED FABRIC MATERIAL(1)

Dengan implimentasi monogram HD yang dicetak dengan warna epal hijau, putih dan kelabu, koleksi lestari ini tampil unggul lantas membawakan aura baru terhadap penghasilannya yang hanya diperbuat daripada percaan kain hasil pemprosesan semula botol plastik.

Koleksi lestari sedia pakai HD Monogram merupakan gabungan kerjasama tiga sektor induk terdiri daripada Hatta Dolmat, SWCorp dan Kloth Cares yang berhasrat untuk men- didik masyarakat tentang kepenggunaan semula bahan kitar semula mampu untuk meng- hasilkan koleksi pakaian yang berkualiti tinggi.

Berbekalkan data yang diperolehi secara tahunan daripada SWCorp, Hatta dan Kloth Cares bekerjasama dengan rapat dengan mencari kaedah yang mudah bagi menghasilkan koleksi lestari sedia pakai HD Monogram.

Koleksi ini dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi yang mengandungi 60 peratus bahan kitar semula plastik botol (rPET) dan digabungkan bersama 40 peratus kapas (bahan organik).

HATTA DOLMAT WITH HIS RECYCLED FABRIC MATERIAL(3)

Dengan penghasilan koleksi ini, Hatta Dolmat juga merupakan pereka fesyen pertama Malaysia yang telah bereksperimentasi dengan hasil cetakan terhadap fabrik berkenaan dan beliau telah melihat sendiri sejauh mana kadar penyerapan warna terhadap fabrik yang dihasilkan daripada bahan kitar semula.

Pengumuman oleh jenama Hatta Dolmat yang secara umumnya telah bergerak secara aktif dan meluas terhadap penghasilan koleksi lestari bermula sejak Hatta Dolmat melancarkan koleksi ‘bucket hat’ yang diperbuat daripada percaan kain.

Ini merupakan tanggung- jawab dan tugas pereka fesyen untuk membantu memulihara alam sekitar dan bukan sahaja hanya tahu untuk menghasilkan rekaan baru setiap kali bertukar musim.

Pereka fesyen harus lebih peka terhadap pemilihan fabrik, cara penghasilan pakaian, dan pengurusan sisa fabrik dan tekstil untuk bergerak ke arah kelestarian alam sekitar dan pada masa yang sama, mampu mengekalkan identiti dan kualiti rekaan tersebut,”

– Hatta Dolmat

Setiap tahun, janaan dan lambakan sisa plastik botol dan fabrik di Malaysia amatlah membimbangkan dan ini telah menyebabkan ekosistem sesebuah kawasan itu terjejas dengan sangat teruk hasil kurangnya ilmu dan amalan sikap acuh tak acuh oleh mereka yang terlibat.

Di sebalik kepesatan perkembangan industri fesyen dan tekstil tempatan, kita tidak dapat menafikan bahawa industri ini juga merupakan antara industri terbesar yang menghasilkan janaan sisa tekstil di pusat pelupusan sampah.

– Hatta Dolmat
HATTA DOLMAT WITH HIS RECYCLED FABRIC MATERIAL(4)

Sebanyak 195,300 tan sisa tekstil (bersamaan 325 juta pakaian) dikumpulkan di pusat pelupusan sampah selama setahun.

Oleh yang demikian, saya selaku rakyat Malaysia yang telah mempunyai pengaruh dan suara di kalangan masyarakat ingin menjadi seorang perintis yang pertama di Malaysia dalam mendidik masyarakat terutamanya golongan pemain industri di dalam industri fesyen tentang kelestarian fesyen.

– Hatta Dolmat

Hatta juga telah melancarkan siri dokumetari-vlog tujuh episode terbaru beliau berjudul Hatta Dolmat: The Sustainable Project yang sedang disiarkan setiap hari Ahad, jam 12PM di saluran YouTube.com/HattaDolmat.

Siri dokumetari-vlog ini akan mengupas lebih dalam mengenai perjalanan Hatta dan mereka yang terlibat dalam menjayakan penghasilan koleksi lestari pertama beliau di KLFW Digital 2020.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ Hiburkan Peminat di Terengganu

“Tak Baik Fitnah, Saya Kurus Memang Kerana Cococurv,” – Man Raja Lawak