in ,

‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ Hiburkan Peminat di Terengganu

Radio GEGAR bertemu para peminat di Pantai Timur dengan ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’, sebuah aktiviti lapangan yang dijalankan pada 19 September, di Kampung Budaya, Terengganu.

  • Personaliti GEGAR Pagi, Shah Muhammad dan Mek Zura berhibur bersama peminat-peminat dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk permainan tradisional seperti batu selambut, congkak, gasing, tarik upih, dan aktivti musang berjanggut serta banyak lagi. Setiap permainan berlangsung di lokasi yang berbeza di sekitar Kampung Budaya. 
Imej 3_Shah Muhammad  mencuba permainan Dam Aji di Kampung Budaya
  • Pemilihan Kampung Budaya sebagai lokasi utama aktiviti ini adalah untuk mengetengahkan tempat-tempat bersejarah dan pelancongan yang boleh didapati di sekitar negeri Terengganu. 
  • Penganjuran ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ juga merupakan kerjasama antara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan radio GEGAR. 
  • Maklumat lanjut berkaitan ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ dan kempen-kempen boleh didapati menerusi www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial Facebook dan Instagram. 
Imej 1_Shah dan Mek Zura ketika sesi taklimat di Kampung Budaya, Terengganu
Imej 4_Mek Zura dan Shah Muhammad bermain permainan tarik upih

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenali Dunia Bayi Haiwan Dalam Dokumentari Inggeris Baby Animals Around The World

Hatta Dolmat Pereka Fesyen Pertama Lancar Koleksi Lestari Untuk KLFW Digital 2020