in , ,

Hasnol Dedikasi NADI CINTA KITA Buat Allahyarham Adnan Abu Hassan & Tony Spider

“Yang Sebenarnya, Saya Menulis Tentang Kisah Arwah,” – Hasnol

Hasnol Bin Hassan Ariff atau lebih dikenali dengan HASNOL pernah melahirkan 2 Album antaranya, ‘Sudi Katakan Sudi’ tahun 1992 dan ‘Caraku’ tahun 1994. Yang terbaru kini, Hasnol telah meriliskan album terbarunya berjudul Nadi Cinta Kita. Album ‘Nadi Cinta Kita’ memuatkan 7 buah lagu terbaharu iaitu Nadi Cinta Kita, The Ryhtm Of Love , Hilang,  Laguku Untukmu Remix 2020 manakala tiga buah lagu lagi dalam versi instrumental.

Sebelum ini Hasnol pernah popular dengan lagu berjudul ‘Laguku Untukmu’ ciptaan Allahyarham D.W.Adnan Hj.Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Hasnol sendiri. Sebagai tanda tribute & penghargaan beliau kepada arwah, maka lagu tersebut dirakamkan semula secara remix & instrumental serta menjadikannya salah satu lagu dalam album terbarunya ini . Istimewanya juga dalam album ini ialah lagu ‘HILANG’ yang telah dicipta oleh Allahyarham Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, TONY SPIDER. 

Hasnol Dedikasi NADI CINTA KITA Buat Allahyarham Adnan Abu Hassan & Tony Spider

“Pada mulanya, Album Nadi Cinta Kita ini adalah satu dedikasi saya buat isteri sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun 2020. Namun banyak perkara yang membuatkan saya bersemangat untuk dedikasikan kepada kedua-dua Allahyarham sahabat-sahabat saya yang saya pernah bekerjasama dalam pembikinan album pertama dan yang terbaharu sekarang ini. Justeru dengan pemergian sahabat karib bagaikan seorang ahli keluarga saya juga, album ini terus menjadi tribute. Dalam lagu HILANG ini, saya telah menulis bait-bait lagu yang berkisar tentang seorang insan yang merinduikan Cinta Pencipta dan secara tidak sengaja… yang sebenarnya, saya menulis tentang kisah arwah,”– Hasnol

‘’Lagu ini telah diriliskan pada bulan Oktober, 2019. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu ciptaan Allahyarham Tony Spider untuk saya ini, bolehlah melawati channel Youtube Luncai Emas atau buat carian dalam Youtube, ‘HILANG oleh Hasnol’. Lirik Video ini juga telah dibuat dan disiapkan oleh Allahyarham Tony sendiri untuk disiarkan di Channel Youtube Luncai Emas’’ – Tambah Hasnol.

Di dalam Album ‘Nadi Cinta Kita’ ini juga, termuatnya lagu versi Inggeris ‘Nadi Cinta Kita’ yang diberi tajuk ‘The ‘Rhythm of Love’. Lagu ini adalah yang pertama dalam sejarah Hasnol sebagai artis rakaman yang dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris dan mengharapkan penerimaan peminat-peminat dalam percubaan julungkalinya untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa inggeris setelah hampir 30 tahun berada dalam persada seni suara. 

Album ‘Nadi Cinta Kita’ bermula dengan rakaman lagu ‘HILANG’ yang digubah, susunadun oleh Allahyarham Tony Spider hujung tahun 2018. Lagu HILANG dirakam semula di studio Luncai Emas pada awal tahun 2019. Setelah siap rakaman lagu HILANG , Allahyarham Tony, & Pihak Pengurusan Luncai Emas telah berbincang dan bersetuju untuk memperbaharui lagu LAGUKU UNTUKMU untuk diriliskan sebagai REMIX dan diriliskan sekali bersama lagu HILANG.

Kemudian, Hasnol dan Luncai Emas Sdn Bhd telah bersetuju untuk meriliskan kesemua lagu yang telah dirakam itu dalam 1 album ‘Edisi Terhad’ di bawah label Luncai Emas. Namun, promosi untuk album itu tidak dapat dijalankan dan ianya tergendala akibat pandemic covid-19 .  ‘’Apabila suasana COVID melanda, saya dan ramai lagi dalam industry hiburan terjejas kerana tiada ruang untuk membuat persembahan dan walaupun boleh melakukan secara maya di media sosial, tak semua yang akan membuat sumbangan kerana bagi penonton, sekali mereka menyumbang walau seringgit, mereka akan terus menonton persembahan kami sekiranya ianya berlangsung selama seminggu. Memang keadaan menjadi sempit buat kami. Untuk mendapatkan bantuan atau geran dari kerajaan bukanlah semudah yang disangka’’. 

Hasnol Dedikasi NADI CINTA KITA Buat Allahyarham Adnan Abu Hassan & Tony Spider

Hasnol turut menyatakan pengalaman pahit beliau adalah apabila kehilangan sahabat-sahabat yang banyak membantunya dalam arena seni suara rakaman, ‘’sahabat yang sangat saya hormati dan sayangi, Allaharham Tony Spider dan guru dalam industri muzik saya, Allahyarham Dato Wirama Adnan Haji Abu Hassan’’.

Hasnol pernah mendapat gelaran JUARA dalam Anugerah Juara Lagu ke-8 (1993) TV3 dengan lagu SUDI KATAKAN SUDI dan Dicalonkan sebagai Artis Baru Popular Berita Harian tahun 1993. 

Akhir kata Hasnol – ‘’Dan dalam pada masa yang sama, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat Abg Keon, Kak Jenny, Nabila, Hajar dan semua yang terlibat di Luncai Emas dalam persiapan album saya yang terbaharu ini, Insya’Allah. Dan buat semua media elektronik, cetakan, bloggers, samada yang saya kenal, mahupun belum bertemu, terima kasih kerana masih lagi menyokong karya-karya saya di persada seni suara. Alhamdulillah. Dan, buat peminat-peminat saya dari semua golongan umur, bangsa dan agama… Saya berterima kasih kerana ramai yang masih mengingati saya dengan lagu yang pernah dan syukur, masih lagi meletakkan nama saya sebagai penyanyi asal ‘Laguku UntukMu’… walaupun sudah dipopularkan oleh artis baru. 

Sekali lagi, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt dan terima kasih jutaan buat pihak radio, media, TV yang terus membuat Laguku UntukMu menjadi siulan dan nyanyian anak-anak muda milenia. 80an dan 90an… Zaman kegemilangan hiburan RADIO, TV, MAJALAH dan SURATKHABAR.’’ 

Di semua laman strim telahpun tersedia 2 lagu dari album NADI CINTA KITA ini untuk didengarkan iaitu Nadi Cinta Kita & Hilang . Luncai Emas bertindak sebagai pengedar lagu -lagu & album ini , dan mengharapkan karya – karya dari Hasnol mendapat tempat semua masyarakat , peminat serta dari media televisyen , media eletronik dan media online. 

Sekian, terima kasih!

HASNOL ENTERTAINMENT & LUNCAI EMAS SDN BHD

Hasnol Dedikasi NADI CINTA KITA Buat Allahyarham Adnan Abu Hassan & Tony Spider

Lirik Lagu NADI CINTA KITA

Adlib (Oooo…. Dadada… Hmmm… Dadada)

Lihat dimatamu, terbayang syurga,

Cinta untuk kita, Dulu, kini selamanya…

Lihat di jiwamu hanya ada cinta, 

Yang terserlah cinta, Hanyalah kasih sayang…

Kasih sambut tanganku,

Kubawa kesana,

Ku slalu ada dengan mu,

Cinta yang ku damba…

Percayalah padaku,

Seperti ku padamu…

Yakin dengan diriku,

Seperti ku padamu…

Chorus:-

Takkan ada yang lain,

Yang dapat mengganti kita,

Denyutan kasih akan menyatu,

Nadi Cinta Kita……

(2x)

Slow RAP:-

You know my heart will always be there for you,

And I will always pray that yours will be too,

Take my hands and let our dreams come true,

And let that light of love come shining through.

Rangkap akhir:-

Percayalah padaku,

Seperti ku padamu…

Yakin dengan diriku,

Seperti ku padamu…

Kasih sambut tanganku bina mahligai  bersama,

Kan Kubawa kesana agar impian tercipta,

Tiada yang lain, yang lain hanyalah kau dan aku,

Kasih Cinta kita kan terus, terus  menyatu,

Nadi Cinta Kita,

Nadi Cinta Kita,Nadi Cinta Kita….

HASNOL HASNOL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penghantar Barangan Antara Wira Tidak Didendang di Era Pandemik

DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia Bagi Tahun 2021