in , ,

Hasif Upin Berduet Bersama Adeline Margaret dalam Single Berjudul Jakarta KL

Hasif Upin, atau nama sebenarnya Muhamad Hasif Bin Sharuddin, adalah seorang anak kelahiran Kota Tinggi, Johor yang mula dikenali melalui rancangan “Mikrofon Impian” di Astro Ria.

Dalam rancangan tersebut, Hasif berjaya memenangi salah satu episod, sekaligus membuka pintu untuknya ke dunia hiburan.

Ketika wabak Covid-19 melanda Malaysia, Hasif mula memanfaatkan masa dengan lebih kreatif. Dia mula membuat kandungan di TikTok, termasuk parodi Upin Ipin yang menarik perhatian ramai. Kandungan popularnya, “10 saat guew bayar”, juga mendapat sambutan hangat daripada pengikut-pengikutnya.

Hasif Upin Berduet Bersama Adeline Margaret dalam Single Jakarta KL

Lagu terbaru Hasif yang berjudul “Jakarta KL” menceritakan tentang sepasang kekasih dari dua negara yang berbeza latar belakang. Mereka jatuh cinta dan menghadapi pelbagai cabaran di Jakarta dalam tempoh masa yang singkat. Lagu ini menggabungkan suara Hasif dan Adeline Margaret yang harmoni, benar-benar menghidupkan watak-watak dalam lagu tersebut.

Hasif Upin Berduet Bersama Adeline Margaret dalam Single Jakarta KL

Menurut Hasif, lagu ini tidak ada kaitan dengan kisah hidupnya. Namun, dia menjelaskan, “Jarak dalam perhubungan bukanlah satu penghalang. Cinta antara dua negara yang disampaikan dalam lagu Jakarta KL membawa mesej tentang keutuhan cinta dua insan yang ikhlas dalam menyulam kasih dan sayang, walau di mana kita berada, sejauh mana pun kita.”

Hasif juga menyentuh tentang genre lagu ini, “Genre lagu ini lebih kepada jazz dan santai, sesuatu yang saya sendiri tidak pernah terfikir untuk buat. Ia adalah satu sisi lain yang ingin saya tonjolkan kepada semua, terutama sekali kepada peminat-peminat saya. Saya ingin menjadi seorang penyanyi yang versatile dan berani mencuba pelbagai jenis genre untuk menghiburkan para pendengar. Lagu ini khas buat semua pencinta muzik, terutama sekali anak-anak muda. Saya berharap lagu ini diterima ramai sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.”

Proses rakaman lagu ini juga unik dan menarik. Hasif berkata, “Alhamdulillah, sewaktu kali pertama bertemu dengan komposer dan penulis lirik Jakarta KL, Alam Urbach dan Pika Iskandar, semua proses berjalan dengan lancar dan hanya mengambil masa satu hari sahaja. Sebelum bermulanya sesi rakaman, saya mengambil sedikit masa untuk berimaginasi tentang percintaan dan menyesuaikan diri dengan mood lagu tersebut.”

Hasif Upin Berduet Bersama Adeline Margaret dalam Single Jakarta KL

Pengalaman Hasif dalam pembuatan video muzik, photoshoot, dan rakaman lagu ini sangat istimewa. “Saya terasa bagai di dalam mimpi,” katanya. “Dari kecil memang teringin sangat nak rakam lagu dan muzik video di Indonesia. Saya teruja dapat merakamkan lagu di Indonesia dan berjumpa dengan artis-artis Indonesia yang lain seperti Rossa dan Mahalini ketika rakaman lagu dijalankan di studio yang sama dengan mereka di Jakarta. Kehadiran lagu Jakarta KL, hasil gabungan dari dua negara, Malaysia dan Indonesia, diharapkan dapat memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan.”

Hasif Upin Berduet Bersama Adeline Margaret dalam Single Jakarta KL

Lagu “Jakarta KL” di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, dan YouTube Music. Muzik video pula boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube @ArmaniEntertainmentGroup.

Hasif berharap para peminat akan terus menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Abnormal Buas Lakonan Aeril Zafrel di Pawagam Mulai 20 Jun Ini

TRAVEL

Segarkan Tenaga dengan Kopiko Creamy Latte: Kopi Creamy Yang Sedap