in , ,

Harith Iskander Anjur RELAZZ LAH MALAYSIA di Zepp Kuala Lumpur

Pelawak terkenal negara Harith Iskander mengumumkan penganjuran Persembahan Komedi Paling Penting Tahun Ini yang akan menyaingi perkembangan politik negara

Pelawak negara yang tersohor pada peringkat dunia, Harith Iskander, mengumumkan Persembahan Komedi Paling Penting Tahun Ini bertajuk ‘RELAZZ LAH MALAYSIA’ yang akan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 26 November, 2022.

Dengan HARAPAN untuk menyaingi kelucuan ahli-ahli politik tanahair yang sedang berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15, persembahan ini merupakan manifesto PERIKATAN komedian yang akan menghiburkan BARISAN penonton dengan persembahan jenaka selama beberapa jam. Mereka juga berjanji untuk menghiburkan rakyat Malaysia yang masih berusaha untuk bangkit semula daripada pandemik COVID-19 dari segi ekonomi dan sosial. 

Harith Iskander Anjur RELAZZ LAH MALAYSIA di Zepp KL

RELAZZ LAH Malaysia, Jangan Serius Sangat!

RELAZZ LAH MALAYSIA dibawakan kepada anda oleh Aemis Relazz – minuman penambahbaikan tidur terulung di Malaysia yang boleh didapati dalam sachet “koyak dan minum” yang mudah. Acara komedi penting ini akan berlangsung di ZEPP KL, sebuah ruang acara seluas 6,500 kaki persegi yang baru dibuka dan dilengkapi dengan infrastruktur untuk memberikan pengunjungnya pengalaman acara langsung yang terbaik. 

Terletak di tengah-tengah pusat bandar, ZEPP KL ialah sebahagian daripada Bukit Bintang City Centre (BBCC) dan merupakan dewan acara ke-10 yang dikendalikan oleh Zepp Hall Network, yang turut beroperasi di Jepun, Taiwan dan New Taipei.

Harith Iskander Anjur RELAZZ LAH MALAYSIA di Zepp KL

Walaupun komedi berdiri dilanda kontroversi baru-baru dengan perbincangan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka, Harith dan rakan-rakan komediannya mahu mengingatkan rakyat Malaysia yang kita sebenarnya masih dibenarkan untuk ketawa!  

“Rakyat Malaysia mempunyai citarasa komedi yang menakjubkan dan kita tidak akan teragak-agak untuk ketawa pada diri sendiri! Mereka yang hadir ke acara ini akan sedar bahawa hidup akan terasa lebih santai apabila kita bersikap mudah terhibur!” katanya. 

Dengan hasrat untuk menceriakan semua rakyat Malaysia dan memberikan mereka peluang untuk bersantai, RELAZZ LAH MALAYSIA akan membantu orang ramai untuk melepaskan tekanan dan melupakan masalah mereka buat seketika dengan jenaka yang menyentuh isu politik, isu sosial, ekonomi dan isu-isu lain yang dekat di hati penonton.

Antara komedian tempatan yang akan membuat persembahan bersama Harith dalam acara ini ialah:

  • Prakash Daniel – Seorang komedian yang berpengalaman menghiburkan penonton di Crackhouse Comedy Club KL, TimeOut KL Comedy Thursday dan Comedy Kao Kao;
  • Mad Sabah – Seorang komedian yang dicungkil bakatnya daripada program Komediri, Maharaja Lawak Mega, Lawak Solo, dan terkini membuat persembahan di Konsert Hausboom 2022;
  • Brian Tan – Pelawak Malaysia yang muncul di Festival Komedi Antarabangsa Melbourne yang berprestij pada 2015 dan menjadi tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara ‘How You Started Lah?’ bersama Gajen Nad;
  • Komedian jemputan misteri (identiti beliau hanya akan didedahkan pada hari persembahan)

Tiket untuk menonton RELAZZ LAH MALAYSIA boleh dibeli dengan melayari https://thejokefactory.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/90709 atau WhatsApp kepada nombor +6013-390 7165. Tiket berharga antara RM188 – RM388.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Bergabung Dengan IKHLAS Tawarkan ‘Umrah bersama IKHLAS

Muat Naik ‘Posting’ Sendu, Betul Ke Janna Nick Sudah Putus Cinta?