in

Hard Rock Battle of The Bands Calling 2011

PERTANDINGAN “HARD ROCK BATTLE OF THE BANDS”.

HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR MENGUMUMKAN PENCARIAN BAGI BAND-BAND TEMPATAN UNTUK MEMENANGI PELUANG BERAKSI SECARA LIVE DI LONDON.

Hard Rock International memberi peluang kepada band-band tempatan memenangi peluang untuk membuat persembahan di Hard Rock Calling 2011, Hyde Park, London, iaitu salah satu festival yang dinanti-nantikan di arena dunia muzik!

Antara artis yang pernah membuat persembahan di festival tersebut adalah Pearl Jam, Paul McCartney, The Who, The Police, Aerosmith, Eric Clapton, Bruce Springsteen, The Killers, Peter Gabriel dan banyak lagi.

concert atmosphere 2

Hard Rock menganjurkan pertandingan “Battle of The Bands” secara global sempena sambutan ulang tahun Hard Rock yang ke-40 tahun ini. Tahun ini juga adalah tahun ke-20 bagi Hard Rock Kuala Lumpur. Dengan ini, pertandingan “Hard Rock Battle of The Bands” pasti akan menjadi satu acara yang menarik!

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur memulakan pencarian bakat-bakat untuk tampil di pusingan pertama pertandingan ini, di mana band -band akan bersaing dan akan dinilai oleh panel juri selebriti tempatan dan profesional di dalam bidang muzik,

Para juri akan diketuai oleh Jennifer Thompson, General Manager Persatuan Industri Muzik Malaysia. Beliau berpengalaman di arena industri muzik selama 26 tahun adalah merupakan salah satu tokoh yang dihormati dan disegani dalam industri ini.

Pemenang “Battle of The Bands” di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan ditempatkan di salah satu daripada empat “region” sedunia, yang akan diadili oleh sebuah panel ahli industry muzik antarabangsa yang terkemuka. Untuk peringkat akhir band akan diperketengahkan di laman web Hard Rock Cafe iaitu www.hardrock.com, di mana para peminat di seluruh dunia akan diberi pilihan untuk mengundi band kegemaran mereka bagi setiap “region”.

Keempat-empat pemenang dari setip ‘region’ akan diterbangkan khas ke London dan akan dilayan seperti bintang rock dan diberi peluang untuk beraksi di Hard Rock Calling 2011 di Hyde Park, London yang akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun 2011.

Bagi band yang menerima paling banyak undian akan diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas Utama manakala ketiga-tiga band yang lain akan membuat persembahan di pentas Kedua di festival Hard Rock Calling 2011.

Untuk memasuki pertandingan “Battle of The Bands” ini, band dikehendaki memainkan muzik original, berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan setiap band harus mempunyai 2 sehingga 5 ahli. Pada mereka yang ingin memasuki pertandingan ini, sila hubungi Hard Rock Cafe Kuala Lumpur di talian 03-27155555 untuk pendaftaran.

Layari www.hardrock.com/battleofbands atau laman Facebook Hard Rock Cafe Kuala Lumpur www.facebook.com/hardrockcafekualalumpur untuk dapatkan borang pendaftaran berserta dengan peraturan rasmi. Sila serahkan borang pendaftaran rasmi yang telah diisi berserta dengan dua lagu original yang mesti dicipta dan dinyayikan oleh band anda dalam format Audio CD ataupun MP3 kepada Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sebelum atau pada 6 Feb 2011. Band – band yang di pilih perlu bertanding dalam pusingan Qualifying dan di ikuti dengan peringkat akhir.

Pemenang di peringkat akhir akan diiktirafkan sebagai Pemenang Battle of the Bands Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat “regional”.

8TV adalah rakan media TV dan JUNK sebagai rakan media online untuk pertandingan ini. Pertandingan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki.

Concert atmosphere 1

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna’

Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif