in , ,

Haqiem Rusli Umum Bakal Nikah Pada 19 November 2021

Penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tarikh 19 November ini.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, iaitu Haqiem Rusli. Semalam, Haqiem telah membuat kejutan dengan mengumumkan tarikh nikah semasa berucap selepas ABP mengumumkan kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.

Majlis Nikah & Lancar Single HITAM SAKSI PUTIH di Majlis Resepsi

Kata Haqiem, beliau akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada Jumaat ini sebelah petang (19 November). Tambah Haqiem, bersempena dengan majlis nikah itu, dia akan melancarkan sebuah lagu khas yang cukup istimewa berjudul HITAM SAKSI PUTIH dan akan menyanyikan lagu itu di majlis resepsi yang akan diadakan pada sebelah malam.

Majlis nikah akan diadakan di Cyberjaya di mana acara pernikahan berlangsung pada sebelah petang dan resepsi pula pada malamnya.

“Alhamdulillah, saya mahu mengumumkan sesuatu, insya-Allah pada saya akan mendirikan rumah tangga pada minggu depan 19 November.

“Jadi, saya mohon doa yang baik daripada anda semua,”

– Haqiem Rusli
HAQIEM RUSLI

Berkongsi tentang bakal isteri, kata Haqiem, gadis berusia 19 tahun itu merupakan rakan kongsi perniagaannya semasa Haqiem Rusli mahu membuka restoran Santhai Village dekat Setapak. Nama dan rupa bakal isteri masih dirahsiakan walaupun foto bakal isteri sudah pun tersebar di media sosial. 

Apabila selalu jumpa dengan gadis itu sepanjang menguruskan segala urusan perniagaan, jadi, lama kelamaan Haqiem Rusli berasa selesa dan percaya gadis tersebut menjadi orang yang bakal menjadi pelengkap hidupnya iaitu sebagai isterinya nanti. Haqiem juga percaya bakal isteri itu telah banyak mengubah dirinya ke arah kebaikan.

“Dia adalah rakan perniagaan saya di mana kami berkenalan ketika saya membuka restoran Santhai Village sebelum ini.

“Apabila selalu jumpa disebabkan urusan perniagaan, lama-lama saya berasa selesa dan percaya dialah orang yang bakal menjadi pelengkap hidup saya. Dia banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

“Insya-ALLAH sempena majlis perkahwinan kami nanti, saya juga akan melancarkan sebuah single istimewa tentang kami, berjudul Hitam Saksi Putih,” jelasnya.

– Haqiem Rusli
HAQIEM RUSLI

Tarikh Istimewa 19 November

Haqiem Rusli awal-awal lagi memohon maaf kerana tidak dapat menjemput lebih ramai tetamu kerana mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Majlis nikah dan resepsi diadakan secara kecil-kecilan sahaja di mana jumlah tetamu tidak sampai 200 orang.

“Sebelum ini ramai yang tanya bila majlis pernikahan saya akan berlangsung kerana saya pernah memberitahu bakal tamatkan zaman bujang pada bulan ini. Jadi hari ini tiba masa saya umumkan tarikh tersebut ialah pada 19 November ini.

“Insya-ALLAH majlis tersebut akan diadakan di Cyberjaya di mana acara pernikahan berlangsung pada sebelah petang dan resepsi pula pada malamnya.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menjemput lebih ramai tetamu kerana mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan sahaja di mana jumlah tetamu tidak sampai 200 orang,” 

– Haqiem Rusli
HAQIEM RUSLI

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi itu berkata, berita tersebut mendapat reaksi yang positif daripada para peminatnya yang sentiasa mendoakan serta mengharapkan yang terbaik buat beliau. Haqiem juga yakin peminat sekadar meminati karya dan tidak masuk campur dengan urusan peribadinya. Haqiem juga akui ini adalah satu perkara yang baik dan merasa dirinya lebih dihargai oleh peminat.

“Rata-rata peminat memberi reaksi positif dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya.

“Walaupun memberitahu bakal berkahwin sebelum ini, mereka tetap memberikan sokongan dan mengundi saya sehingga berjaya memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.

“Saya yakin mereka meminati saya kerana karya dan tidak masuk campur urusan peribadi saya. Itu adalah satu perkara yang sangat baik dan membuatkan saya lebih menghargai, malah menghormati mereka semua terutama kelab peminat saya, Qiemilio,”

– Haqiem Rusli
HAQIEM RUSLI

Haqiem Rusli Masih Merahsiakan Bakal Isteri

Pada Jun lalu, penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi dan Mimpi itu mengejutkan ramai dengan membuat pengakuan akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, namun, penyanyi kelahiran Hulu Langat, Selangor itu tetap menyimpul kemas siapakah pemilik ‘suri hati’ yang akan mendakap hatinya seumur hidup.

Saat mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang ketika nama sedang mendaki puncak populariti, tiada sekelumit pun perasaan gementar di hati Haqiem dengan persepsi bakal kehilangan peminat.

Penyanyi remaja yang menyertai program realiti seperti Idola Kecil, Pop Crew dan Mentor Milenia sejak usia 10 tahun itu berkata, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Sama-sama kita doakan semoga segala yang dirancang oleh Haqiem Rusli berjalan dengan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Dijulang Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH Ke-34

TRAVEL

Le Meridien Kuala Lumpur Collaborates With Malin+Goetz To Launch Themed Staycation Package