in , ,

‘Happy Journey’, Master PhD dengan Dr Roket Cipta Kejayaan Cemerlang!

You are not alone atau terjemahannya, anda tidak keseorangan tepat merumuskan kehadiran jenama Dr Roket selaku pakar pengurusan tesis sarjana atau doktor falsafah (PhD) yang saban tahun menawarkan ‘happy journey’ seterusnya ‘happy ending’ untuk pelajar peringkat berkenaan.

Malah video di aplikasi TikTok yang tular baru-baru ini menunjukkan 39 orang pelajar sarjana dan PhD diraikan kejayaan mereka oleh jenama yang berdaftar di bawah 2M World Sdn Bhd itu menjadi bukti perjuangan yang diaspirasikan sejak tahun 2016.

Pada acara dipanggil VIVAlicious yang diadakan kali keempat pada 14 dan 15 Mei lalu di sebuah hotel di Bangi, Selangor, seramai 18 orang daripada peserta yang hadir turut menerima sijil anugerah penghargaan daripada Dr Roket.

Mereka terdiri daripada usahawan, guru, pensyarah, pegawai takbir diplomatik, pendakwa raya, hakim dan pelbagai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang sedang menyambung pengajian secara separuh masa atau sepenuh masa.

'Happy Journey', Master PhD dengan Dr Roket

VIVAlicious merupakan program susulan selepas tesis mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang disiapkan kurang enam bulan dan berevolusi dalam tempoh yang mereka sendiri tetapkan.

Ia merupakan sesi perbentangan akhir hasil kajian mereka sebelum mereka masuk ke bilik VIVA yang sebenar.

Video berkenaan turut dibanjiri komen positif yang rata-rata menyifatkan peranan jenama berpangkalan di Batu Caves, Selangor itu sangat membantu dan meninggalkan impak tersendiri.

Pengasas dan orang kuatnya, Dr Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri berkata pengajian peringkat sarjana mahupun doktor falsafah bukan sebuah perjalanan penuh tekanan dan tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti atau tajaan.

“Sebaliknya, ia sebuah kembara yang sangat indah. Ada kegembiraan dan ‘thrill’ sebenarnya. Kebiasaannya mereka yang belajar peringkat terbabit selalu rasa sukar, mahu ‘quit’, diserang penyakit, malah ada yang tidak disokong oleh orang terdekat.

“Bahkan rasa mereka sendirian atau keseorangan. Malah tidak nampak hala tuju sebenar pengajian dan kajian mereka sendiri.

“Tapi sebenarnya tidak. Kami di Dr Roket cuba mendidik dan mewujudkan kesedaran, mereka ini sebenarnya ada ramai yang ‘senasib’. Ramai pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian tepat waktu kerana gagal siapkan tesis dengan 1001 cabaran kehidupan dan akademik,” katanya.

Katanya lagi, pelajar terbabit dilatih untuk menjadi “driver” kepada tesis mereka sendiri.

'Happy Journey', Master PhD dengan Dr Roket

Tiada istilah atau budaya “spoon feeding” supaya mereka boleh berdikari sebagai seorang learner dan researcher.

“Ini pasti membantu penyelia yang menguruskan ramai pelajar seliaan. Antara cabaran mereka termasuklah faktor masa. Sedangkan faktor masa atau sibuk dengan urusan keluarga bukan halangan besar.

“Mereka ini sebenarnya tidak mahir dalam pengurusan tesis dan pengajian. Itu yang kami cuba bantu. Tiga peserta yang hadir kali ini juga adalah hasil daripada proses yang dibantu telah mendapat keputusan cemerlang (skala 1) mewakili Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya,” katanya.

Terbukti sejak meluncur laju, jenama ini sudah membantu lebih 50,000 pelajar sarjana dan PhD menguruskan dan mengimbangi tesis dan kehidupan dengan lebih baik dan semakin jelas matlamat halatuju sebenar mereka menyambung pengajian di peringkat tersebut.

Program yang dijalankan bukanlah bersifat motivasi semata-mata, sebaliknya ia bersifat holistik merangkumi aspek motivasi, spiritual, akademik, ilmu pengurusan tesis dan ilmu kelas teknikal yang diperlukan oleh pelajar post graduate sepanjang pengajian mereka.

'Happy Journey', Master PhD dengan Dr Roket

“Malah ilmu yang dikongsi ini turut membantu dan memudahkan urusan SV (Supervisor-penyelia), universiti, pihak tajaan malah KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) sendiri terhadap pelajar seliaan dan tajaan mereka.

“Tahap VIVAlicious ini boleh saya katakan kemuncak kepada program yang kami usahakan. Kami tawarkan pakej awal dengan Mudah Siap Tesis (MST). Mereka yang menyertainya boleh masuk seminar atau kelas dalam talian secara percuma. Kempen terbaharu MST kita adakan pada 30 Julai depan.

“Seterusnya Nak Ubah Tesis (NUT), di mana mereka yang turut serta akan dibimbing dan diurus dengan rapat oleh saya dan pasukan khusunya buat mereka yang sibuk, banyak komitmen dan berhadapan dengan cabaran mengurus antara pelajaran dan kehidupan samada bekerja atau belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. NUT terbaharu kita adakan pada 26 hingga 28 Ogos depan,” katanya

Seterusnya, mereka yang ingin dibimbing secara holistik Dr Roket turut menawarkan program mentorship di dalam platinum program dalam tempoh setahun.

'Happy Journey', Master PhD dengan Dr Roket

Jaminan bagi mereka yang mengikuti program ini adalah tesis berkualiti boleh disiapkan kurang enam bulan dan ia akan berevolusi sehingga mereka mampu masuk ke bilik VIVA dengan ketenangan.

“Pilihan di tangan masing-masing dan boleh tekan pautan
https://linktr.ee/drroket,”katanya.

Perkataan roket itu sebenarnya menjadi simbolik seperti meroket atau dalam erti kata lain mencipta kejayaan seperti lajunya sebuah peluru berpandu.

“Roket itu juga akronim kepada formula yang kami perjuangkan. Setiap abjad itu mempunyai banyak terjemahan dan merangkumi ilmu pengurusan tesis secara holistik yang dikongsi bersama pelajar.

“Hakikatnya ada yang sampai sukar nak menamatkan pengajian kerana berputus asa tak dapat siapkan tesis. Realitinya, ramai pelajar post graduate mempunyai pelbagai cabaran sehingga menyebabkan lebih lapan semester tidak habis pengajian, sampai tahap hampir digugurkan (terminate), terpaksa bayar semula yuran pengajian.

“Ada yang nak tamat pengajian, tapi bayang tesis pun tak ada,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

STRANGER THINGS 

‘Upside Down’ STRANGER THINGS 4 Tiba di Kuala Lumpur, Kunjungi 2 Lokasi!

RAZZUAN

Razzuan Cabar Diri Menjadi Penyanyi, Lancar Single Berjudul AKUR