in ,

Hanya Promosi Tudung, Izreen Azminda Akui Belum Berpurdah Ramai Salah Faham

Selepas berita perubahan mengejutkan oleh pengacara Noor Neelofa, nampaknya dia kini sudah menjadi inspirasi kepada ramai selebriti wanita lain untuk turut berubah ke arah kebaikan.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Izreen Azminda ada kongsikan satu foto dia sedang lengkap memakai jubah serta tudung labuh bersama dengan purdah. Selepas media dan para netizen mengatakan dirinya kini sudah berpurdah, Izreen Azminda tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Menurut Izreen, tindakannya memakai khimar yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari hanyalah sekadar perkongsian semata-mata.

Izreen-Azminda

“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la.

Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering. Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa.”

– Izreen Azminda

Caption yang ditulis oleh Izreen itu ada mengatakan tentang kehidupan di dunia dan lebih kepada kata-kata hikmah motivasi buat yang membaca.

Ruangan komennya dibanjiri dengan kata-kata doa daripada peminat dan ramai yang berharap agar dia terus istiqomah dalam menutup aurat.

Namun mungkin ada sesetengah netizen yang tidak membaca caption itu sehingga akhir kerana di bawahnya ada tertulis bahawa dia hanya la mempromosikan purdah dan khimar kerana tudung yang dipakainya itu sangat selesa digunakan untuk golongan wanita.

Dalam pada itu, pelakon yang kini kian sepi dalam dunia hiburan ini menyatakan, beliau masih berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa mendatang.

“Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya.

Insya-Allah. Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi.”

– Izreen Azminda

Akui belum lagi berpurdah, Izreen memuat naik satu lagi foto pakaian biasa yang digunakan olehnya dan jelas Izreen tidak berpurdah seperti yang diperkatakan.

Izreen

Selepas gambar itu dimuat naik pada 22 Oktober lalu, ada beberapa pengikutnya meninggalkan komen tentang sikap segelintir netizen yang tidak mempunyai kerajinan untuk membaca keseluruhan caption yang sudah ditulis. Mereka turut menitipkan doa supaya satu hari nanti Izreen turut akan mengikut jejak langkah Neelofa.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pengacara dan usahawan tersohor tanah air, Neelofa membuat keputusan untuk mengenakan niqab. Selain penampilan baharunya itu mendapat perhatian ramai, wujud juga segelintir pihak yang mengakui wanita tersebut banyak memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah | 18

Isu Politik Malaysia Terkini, Adakah Malaysia Akan Isytiharkan Darurat?

Marion Caunter | 19

Jalani Pengambaran di Janda Baik, Marion Caunter Merentas Negeri Sewaktu PKPB?