in , ,

Hanya Dengan TikTok, Gadis 16 Tahun, Charli D’Amelio Berjaya Raih Pendapatan Lebih RM16Juta

Tidak dapat dinafikan aplikasi TikTok, kini semakin mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.

Jika dahulu ia hanya digunakan oleh mereka dari golongan generasi Z (Gen Z) namun kini pengguananya turut terdiri dari orang yang lebih dewasa dan berumur.

Ini kerana aplikasi ini memudahkan penggunanya untuk menghasilkan video kreatif yang bukan sahaja cantik malahan menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Bukan itu sahaja TikTok juga sama seperti aplikasi lain dapat membuatkan penggunanya menjana pendapatan hanya dengan menghasilkan video dan memuat naiknya di sana.

Bila berbicara tentang TikTok, antara penggunanya yang paling dikenali ramai adalah seorang gadis yang bernama Charli D’Amelio.

Charli juga merupakan TikTok Star pertama yang berjaya meraih 100 juta pengikut di akaun miliknya hanya dengan mempamerkan video tariannya beberapa hari lalu. Malah dia juga berjaya meraih 7.9 bilion likes dari semua videonya di sana.

Semua itu berjaya dikumpulkannya hanya dalam setahun. Ya! Dia sebenarnya baru sahaja aktif memuat naik video nya di TikTok pada Mei tahun lalu.

Namun tahukah anda, dengan pengikut seramai itu, pendapatan gadis berusia 16 tahun ini sudah mencecah US $4 Juta ataupun bersamaan RM 16 Juta .

Pesoalannya bagaimana dia mampu meraih pendapatan berkenaan hanya dengan menari?

Difahamkan Charli akan mengenakan fi sebanyak US $100,000 untuk setiap video tajaan yang di muat naiknya seperti yang dilaporkan portal Celebrity Net Worth.

Itu baru satu, bayangkan jika mampu mendapatkan 15 tajaaan video hanya dalam sebulan.

Difahamkan hasil dari tajaan berkenaan dan juga aktivi lain seperti kempen, penjualan memberikannya pendapatan bersihnya encecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patutlah Apple Kaya, Kos Untuk Hasilkan iPhone 12 Pro Cuma Serendah RM1,652 Sahaja

25 Tahun Cinta Ditolak, Reaksi Diva AA Bersama Ziana Zain Bikin Penonton Terhibur