in

Hanya 2 Jam Dibenarkan ‘Shopping’ di Pusat Beli-Belah & Premis Peruncitan

Tempoh maksimum hanya dua jam untuk pelanggan berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah berkuat kuasa 25 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut laporan Harian Metro, ia dilaksanakan berikutan keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperketatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib menghadkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

“Tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam,” katanya semalam.

Alexander berkata, semua sektor waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk restoran dihadkan antara jam 8 pagi sehingga 8 malam, kecuali farmasi dan penjagaan diri yang dikekalkan antara jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekatan tambahan dalam pelaksanaan PKP 3.0 namun perlu mengekalkan kelangsungan ekonomi dimana semua sektor diberkan beroperasi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda | 23

Nabila Huda Pesan Selebriti Supaya Tidak Riak & Sakitkan Hati Orang Lain

Marsha Milan | 24

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia