in , , ,

Hanie Soraya Tersingkir dari Big Stage 2020, Ini Senarai Markah Penuh Peserta

Konsert Big Stage 2020 minggu kedua telah berlangsung dengan meriah malam tadi. 12 peserta telah membawa tema ‘Hype Beat’ yang mampu menaikkan ‘mood’ dan semangat mereka ketika membuat persembahan.

Amir Hasan, Fadh Majid dan Hanie Soraya telah diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah. Konsert malam tadi juga menyaksikan Hanie Soraya tersingkir kerana memperoleh markah terendah dari pihak juri dan undian online.

Antara perkara menarik berlaku malam tadi, Juri tetap Ajai telah naik ke pentas untuk memohon maaf kepada Hafiz Zainal ekoran isu memberi markah rendah pada minggu lalu dan pada masa yang sama, dia khuatir jika teguran yang diberikan mengguris hati peserta itu.

Ernie Zakri telah diundang selaku juri jemputan untuk bergandingan bersama tiga juri tetap, Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.

Sementara Caprice diundang sebagai presiden netizen yang turut memberikan komen dan pandangannya tentang persembahan para peserta dalam konsert minggu kedua itu.

Berikut adalah kedudukan para peserta berdasarkan pemarkahan juri tetap, juri undangan dan presiden netizen :

Usop – 86.20% (Hati)

Ernie : Setiap kali awak muncul, awak ada ‘vibes’ yang menggembirakan orang, mula-mula saya teragak-agak macam mana awak akan nyanyikan lagu ini, tapi awak berjaya lakukannya dengan cara tersendiri

Caprice : Awak boleh menang, bab menari agak janggal, tapi saya rasa lagu balada akan sesuai dengan awak.

Azzam Sham – 83.60% (Sinar)

Ajai : Awak memang dilahirkan untuk jadi penyanyi, selepas ini sila cari sesuatu yang bukan ‘forte’ awak supaya boleh tahu keupayaan diri.

Qody Rany – 78.60% (Cindai)

Faizal Tahir : Dari minggu lepas sampai minggu ini, inilah satu-satunya persembahan yang saya betul-betul fokus dari mula sampai habis, awak dah ‘enjoy; terlebih dahulu atas pentas, kemudian barulah pentonton ‘enjoy’.

Farisha Iris – 71.60% (Pura Pura Bujang)

Ajai : Kali ini prestasi awak meningkat, satu sahaja yang perlu ada dalam diri awak, awak perlu ada konfiden, selamat maju jaya.

Nana Shimie – 68.40% (Mata)

Dayang Nurfaizah : Secara keseluruhan, persembahan awak baik, awak harus perbaiki vokal selepas ini kerana masih banyak yang perlu dipelajari.

Sandra Dianne – 68.40% (Kau Atau Aku)

Ajai : Kali ini markah awak turun tiga ‘point’ dari saya kerana pembawakan nyanyian awak, ‘tone’ dan ‘pitching’ dah sedap, cuma kena dapatkan mood lagu dengan betul, kena berbeza dan lari dari cara nyanyian single awak sebelum ini.

Hafiz Zainal – 68.00% (Katakan Tidak)

Ernie : Awak ada ‘tone’ dan ‘projection’ yang bagus cuma kena berhati-hati macam Ajai sudah ingatkan, secara keseluruhan persembahan awak baik-baik sahaja.

Dayang : Saya nak puji usaha awak, awak selalu cuba bagi kelainan, tetapi persembahan awak malam ini macam ada hilang fokus, mungkin sebab menyanyi sambil menari, tidak mengapa, ‘move on’ dan relaks sedikit selepas ini.

Dinie Rashid – 67.40% (Batu Dan Golek)

Faizal Tahir : Lagu ini bukan senang, awak telah pilih lagu yang perlukan banyak tenaga, kalau saya kena buat konsert, inilah lagu pertama yang saya tak akan menyanyi.

Yamani Abdillah – 66.60% (Paku)

Ajai : Lagu macam ini, awak kena faham cerita dan ‘mood’, bahagian korus dan verse harus konsisten, jangan hanya gah di bahagian korus sahaja.

Fadh Majid – 66.20%

Ernie : Kita harus beri kredit kepada susunan lagu ini malam ini kerana ia memberi kebaikan kepada Fadh, saya terhibur dan tak berhenti senyum dari mula sampai habis.

Dayang : Saya nampak awak relaks, bila awak enjoy saya pun enjoy, dari segi vokal sudah tentu banyak lagi yang awak boleh belajar.

Hanie Soraya – 57.00%

Ajai : Nyanyian awak ada ‘out of tune’, sepatutnya perkara sebegini tak boleh berlaku pada penyanyi yang menyanyi di atas pentas. Menyanyi memang nampak seronok, tapi banyak pendidikannya, jangan ulang kesilapan sama lagi.

Ernie : Apabila dah buat salah, sepatutnya kena buat tak tahu sahaja, hiraukan dan yakin diri.

Amir Hasan – 56.60%

Faizal Tahir : Minggu ini awak ada kesalahan vokal, taklah teruk sangat tapi sudah tentu kena perbaiki, dan pada permulaan ada kelihatan janggal sedikit.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish 2020 | 17

TikTok Joins Yayasan Generasi Gemilang Fight Against Cyberbullying

Siti Sarah | 18

Siti Sarah Dimarahi Usahawan Wanita Didakwa Menutup Pintu Rezeki Orang Lain