in , , ,

Hafiz Hamidun Asuh Anak Angkat Berusia Sebulan

Penyanyi Hafiz Hamidun sekarang ini gembira kerana dapat mengasuh anak angkat berusia sebulan bernama Hamdee. Tahniah Hafiz!

Sudah lama teringin mengasuh anak, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi kegembiraan kehadiran Hamdee Hafiz dalam hidupnya. Melalui entri Instagram (IG), Hafiz menunjukkan anak angkatnya yang berusia sebulan.

“Assalamualaikum. Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang. Supaya membesar jadi insan yang soleh serta berakhlak sempurna,”

– Instagram Hafiz

Hafiz juga berkongsi nama bayi lelaki yang dinamakan sebagai Hamdee Hafiz itu.

“Saya tiada perancangan khusus mengambil ambil anak angkat sekalipun sudah lama hasrat itu bermain dalam fikiran.

“Namun, segala-galanya dipermudahkan ketika ini,”

– Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun Asuh Anak Angkat Berusia Sebulan

Penyanyi Zikir Terapi ini memberitahu, dia seperti insan lain, mahu menikmati keindahan hidup berkeluarga.

“Cuma buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya bercerita lanjut dan berkongsi foto Hamdee dengan lebih jelas,”

– Hafiz Hamidun

Walaupun tidak mendedahkan wajah anak angkatnya itu, Hafiz ketika memberitahu buat masa ini dia tidak dapat mendedahkan apa-apa mengenai anaknya itu memandangkan masih dalam urusan di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Maaflah esok saya akan kongsi, buat masa ini apa yang boleh saya kongsi hanya apa yang ditulis di laman Instagram saya,”

– Hafiz Hamidun

Gambar yang dimuatnaik Hafiz kini menerima lima ribu like dan ucapan tahniah atas fasa baharu hidupnya ini.

Dalam kapsyen yang tulis Hafiz turut berharap agar anaknya itu dapat dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Tambah Hafiz, kehadiran anak angkatnya itu bukan kerana mahu mencipta gimik atau sensasi, sebaliknya naluri kebapaan dan hatinya yang tulus mengasuh bayi berkenaan.

“Tiada maksud tersirat atau apa-apa gimik mempromosikan sesuatu perkara. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa teruja,”

– Hafiz Hamidun

Hafiz juga turut mengaktifkan akaun IG Hamdee di bawah nama @hamdeehafiz.

Sebelum ini, ada beberapa selebriti lain yang mengambil anak angkat antaranya Hael Husaini, Ippo Hafiz, Achey dan Sufian Suhaimi.

Hafiz Hamidun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

4 Cara Mudah Untuk Mencari Kawan Yang Sesuai

Penantian Ippo Hafiz 10 Tahun Berakhir, Siti Nurhaliza Setuju Nyanyi Lagu Ciptaannya