in , ,

Hael Husaini Umum Nabila Razali Bakal Nyanyi Peluang Kedua di AJL35, Suara Dah Okay

Umum sedia maklum bahawa lagu Peluang Kedua layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 walaupun ketika separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) karya tersebut dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Penyanyi asalnya, Nabila Razali yang dinasihatkan doktor untuk tidak membuat sebarang persembahan nyanyian disebabkan masalah peti suara akhirnya terpaksa melupakan hasrat untuk berentap di pentas separuh akhir itu.

Namun, persembahan mantap dari Hael dan juga kekuatan lagu itu sendiri mampu membawa Peluang Kedua ke peringkat seterusnya.

Hael Husaini Umum Nabila Razali Bakal Nyanyi Peluang Kedua di AJL35, Suara Dah Okay

Sah! Nabila Razali di AJL35

Khabar gembira telah diumumkan oleh Hael Husaini apabila memaklumkan bahawa Nabila Razali akan kembali menyampaikan lagu ‘berhantu’ tersebut di pentas AJL35 nanti.

Dalam muat naik di Twitter tersebut, komposer kepada lagu terbabit memberitahu bahawa sudah sahih bahawa Nabila akan bersaing di AJL35 dan sempat memberi semangat kepada penyanyi tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata peminatnya berasa gembira dan tidak sabar menanti kemunculan semula Nabila untuk menyanyi di pentas persembahan.

Hael Husaini Umum Nabila Razali Bakal Nyanyi Peluang Kedua di AJL35, Suara Dah Okay

Mereka juga mendoakan agar kesihatan penyanyi tersebut terus berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan Anugerah Juara Lagu adalah satu acara yang sangat berprestij.

Terdahulu, penyanyi Hael Husaini telah memberi persembahan yang memukau ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 apabila menggantikan Nabila Razali disebabkan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024

Selain Memupuk Semangat, Filem GILA GUSTI Bawa Elemen Persahabatan & Perjuangan