in ,

Selain Memupuk Semangat, Filem GILA GUSTI Bawa Elemen Persahabatan & Perjuangan

Kegemilangan sukan gusti WWF dan WWE sekitar tahun 90-an sememangnya menyaksikan jutaan penonton yang tidak jemu menonton di kaca televisyen. Sebut sahaja The Rock, Undertaker, Hugh Hogan dan ramai lagi pastinya menggamit memori kehebatan tumbukan dan gasakan mereka dalam gelanggang.

Tidak kurang juga di Malaysia, ramai ahli sukan gusti dilahirkan dan nama mereka kini sudah menembusi arena antarabangsa seperti gadis genit berhijab yang menggunakan nama gelanggang Nor Phoenix Diana dan Ayez Shaukat Fonseka yang dikenali Undertaker Malaysia.

Sehubungan itu, APAC Wrestling dengan kerjasama Lomo Pictures Sdn Bhd bersama rakan penaja Quick Sent dan Quin Media bakal mengangkat kembali kegemilangan sukan gusti ini dalam filem aksi pertama mereka ‘Gila Gusti’.

Dengan membawa elemen persahabatan, filem ini sesuai ditonton seisi keluarga. Berkisarkan dua orang sahabat yang obses dengan sukan gusti dan membantu seorang idolanya yang telah tewas mencari semula semangat yang hilang demi kejuaraan gusti Asia Pasifik.

Elizabeth Tan Teruja Belajar Gusti Demi Menjayakan Watak dalam Filem GILA GUSTI

Penaja rasmi selaku penerbit dari Quin Media, Dato Alvin Ooi berkata filem ini bakal memeriahkan industri perfileman negara dan menghangatkan kembali arena gusti berikutan sukan ini yang sudah tentu mempunyai peminatnya tersendiri.

“Gila gusti sebuah filem aksi yang sesuai ditonton pelbagai lapisan umur kerana ianya memaparkan elemen persahabatan dan bukanlah filem aksi yang berat, jadi fokus kami untuk menonjolkan kebaikan sebagai contoh kepada masyarakat”

“Kita juga nak bawa ahli gusti Malaysia yang sudah menempa nama di luar negara untuk diperkenalkan di Malaysia pula, saya pasti ramai yang belum tahu negara kita ada ahli gusti setanding negara luar” katanya kepada Malaysianews TV.

Tambahnya lagi, walaupun sebelum ini ada filem gusti lain yang pernah ditayangkan seperti filem berjudul Sangkar, beliau tidak meletakkan ianya sebagai satu saingan malah Gila Gusti yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2021 ini mewarnai lagi industri dan pengisiannya juga turut berbeza.

Pengasas APAC Wresting, Ayez Shaukat Fonseka berkata, pihaknya sangat terharu apabila ada pihak yang sudi membawa sukan gusti ke layar perak dan menjadikan ahli gusti sebenar sebagai watak utama.

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada Lomo Pictures, Quin Media dan Quick Sent yang sudi membawa gusti untuk difilemkan, kebiasannya masyarakat melihat gusti sesuatu yang ganas tetapi dengan Gila Gusti ini membuktikan tanggapan itu tidak benar.

“Gila Gusti adalah tentang semangat, persahabatan dan perjuangan” jelasnya.

Elizabeth Tan Teruja Belajar Gusti Demi Menjayakan Watak dalam Filem GILA GUSTI

Bagi ahli gusti wanita bertubuh kecil molek, Nor Phoenix Diana, ini merupakan kemunculan pertamanya dalam lakon layar dan berharap masyarakat dapat menerima lakonannya sekaligus filem ini nanti.

“Ini adalah lakonan saya yang pertama, pada awalnya agak kekok apabila ditawarkan tetapi InsyaAllah dengan tunjuk ajar dan sokongan saya akan lakukan yang terbaik”, kata atlet yang pernah memasuki senarai Forbes Magazine 30.

Filem ini akan menjalani penggambaran pada Januari tahun hadapan dan dijangka ditayangkan pada bulan Mei 2021.

Antara para pelakon yang turut serta dalam filem ini adalah Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Aisar Khaledd dan ramai lagi.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hael Husaini Umum Nabila Razali Bakal Nyanyi Peluang Kedua di AJL35, Suara Dah Okay

Ini Sebab Orang Yang Hidup Bersederhana Nampak Lebih Bahagia Daripada Orang Lain