in ,

Hael Husaini Kurang Aktif Di Media Sosial Untuk Terus Kekal Tenang

Penyanyi dan juga komposer terkenal, Hael Husaini berkata dia mengambil keputusan untuk kurang aktif di media sosial kerana ingin menghilangkan tekanan dan kekal tenang.

Ujarnya lagi, jika hatinya tidak tenteram, langkah terbaik adalah menjauhkan diri daripada media sosial.

Mengakui agak ‘senyap’ sejak kebelakangan ini, Hael berkata dia kini masih aktif namun hanya bekerja di belakang tabir sahaja.

Memang saya seakan senyap kebelakangan ini, disebabkan kurang aktif di media sosial untuk hilangkan tekanan. Apabila jiwa rasa tak tenteram, mengelak dari media sosial adalah tindakan yang baik dan berkesan.

– Hael Husaini

Dia yang masih bujang dan memiliki tiga orang anak angkat ini juga menjelaskan bahawa dia enggan terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadi terutamanya perihal anak-anaknya itu di media sosial.

Ajai, Hael Husaini _ Mas Idayu

Hael dalam pada itu berkata bahawa ingin fokus menjadi seorang bapa yang terbaik tambahan negara kini sedang hebat dilanda pandemik COVID-19.

Terdahulu, Hael ada berkongsi foto hari raya bersama Nur Helena serta bayi kembar lelaki yang dipeliharanya iaitu Healmy dan Healman di Instagram.

Namun, dia bertindak memadam foto tersebut dan hanya berkongsi gambar fotonya serta kerja-kerja seni yang dilakukan selama ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana | 23

Program Istimewa Dedikasi Kepada Wira Negara di Malam #BaikSemula

Ustaz Ebit | 24

Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Selesai Beri Keterangan