in , ,

Hael Husaini Bernasyid Dalam ‘NURAGA’

Juara AJL Ke-32 & 33 Muncul Dengan Single Terbaharu Yang Berunsur Kerohanian Padat Dengan Mesej Mendalam

Penyanyi lelaki popular Malaysia yang baru sahaja selesai bertarung di arena Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 dan kembali sibuk dengan kerja-kerja penulisan, penghasilan dan rakaman di studio, Hael Husaini, muncul dengan single terbaharu yang berunsur kerohanian padat dengan mesej mendalam penuh kesedaran berjudul ‘Nuraga’.

Hael berkata, “Alhamdulillah, syukur rasanya apabila dapat kembali bekerja semula walaupun kita masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), namun begitu kebanyakan masa lapang ketika PKPB dihabiskan di studio dengan menyiapkan beberapa projek besar (lagu) yang masih belum boleh diumumkan lagi.”

NURAGA COVER ART

“Demam AJL yang melanda negara telah pun reda, pelbagai rintangan terpaksa kami lalui demi menjayakannya, dan kini tiba masa yang sesuai saya kembali dengan karya terbaru yang diberi judul Nuraga.

“Walaupun single ini dilancarkan dekat dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, ia bukanlah sebuah lagu spesifik kearah Ramadan dan ia lebih kepada nasihat yang boleh didengar pada bila-bila masa.

Nuraga bermaksud sifat belas kasihan atau perasaan simpati, ia bertepatan dengan situasi yang sedang kita hadapi sekarang dimana ramai yang sedang menempuh dugaan hidup, dan ada juga yang mengharapkan bantuan atau belas kasihan daripada orang lain yang mampu bagi meneruskan kehidupan.

“Sebenarnya lagu ini telah pun dicipta pada awal tahun 2020 sebelum pandemik COVID-19 lagi bersama rakan komposer, MFMF, mungkin masanya kurang sesuai pada ketika itu, dan pada tahun ini kami nekad untuk melancarkannya.

HAEL HUSAINI

Sesi rakaman single Nuraga telah dijalankan di Studio MFMF dalam masa yang singkat, akan tetapi kualitinya tetap dijaga seperti kesemua lagu ciptaan mereka sebelum ini, terang Hael, “Pada single kali ini saya lari dari kebiasaan dan tampil dengan lagu bergenre ala nasyid kerana elemen kerohanian yang ada di dalamnya berserta unsur nasihat agar bersesuaian dengan mood lagu tersebut, dan ini juga merupakan pengalaman baru buat MFMF kerana beliau tidak pernah menghasilkan lagu sebegini, namun begitu kami berjaya menyiapkan akhirnya.”

“Bagi video muzik (MV) Nuraga pula, ia lebih kepada penyampaian secara lahiriah tanpa sebarang jalan cerita atau apa-apa gimik dan lebih straight forward, jika nak tahu lebih lanjut kenalah tonton di YouTube nanti.

Bulan Ramadhan yang hampir tiba pastinya menggamit memori sesiapa sahaja yang pernah melaluinya, cerita Hael, “Antara aktiviti yang gemar saya lakukan pada bulan puasa jika ada masa lapang adalah berkunjung ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka, walaupun aktiviti tersebut dibenarkan pada tahun ini, kita kena sentiasa menjaga keselamatan dan patuh SOP yang sewajarnya.”

Menurut En. Feros SaynaKetua Label Rocketfuel Entertainment“Hael merupakan seorang artis yang sangat kreatif dan sentiasa bekerja keras dalam menghasilkan hit demi hit.”

“Saya percaya dengan kekuatan Nuraga dan pasti ia mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air kerana ia lain daripada apa yang Hael pernah hasilkan sebelum ini.

Ujar Hael, “Saya berharap agar single ini boleh diterima baik oleh semua kerana mesej yang cuba disampaikan, dunia yang dicabar perlu ada Nuraga, berbekal dengan iman ia dapat diatasi dan segalanya perlu dihadapi dengan sabar.”

“Dan saya juga berharap, Aidilfitri pada tahun ini kita dapat merayakannya bersama orang tersayang dan tentunya saya akan mengambil peluang ini untuk meraikannya bersama anak saya, Helena, dan keluarga.

Lagu ‘Nuraga’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala MV lagu ‘Nuraga’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

[ NU.RA.GA ]
BELAS KASIHAN

Jendela hidup ini
Berjenangkan emosi manusia
Berkenangkan simpati
Mampukah diubati manusia

Hampar kesabaran tika diselimut kedukaan
Terduga sementara

Dunia dicabar tanpa nuraga
Namun iman atasi segala
Dunia disentuh hiba nestapa
namun hadapinya dengan sabar

Yang lemah menangisi


Dibelas kasihani manusia

Hampar kesabaran tika diselimut kedukaan
Terduga sementara

Dunia dicabar tanpa nuraga
Namun iman atasi segala

Dunia disentuh hiba nestapa
namun hadapinya dengan sabar

Dan mungkinkah dapat merasai
Nikmat yang diberi
Yang tlah dikhianati
Dan mungkinkah dapat diulangi Kembali
Bersama

Dunia dicabar tanpa nuraga
Namun iman atasi segala
Dunia disentuh hiba nestapa
namun hadapinya dengan sabar

Hadapi dengan sabar.


Hael Husiani
Lirik : Hael Husaini / MFMF
Komposer  : Hael Husaini / MFMF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Lancar Jelajah Ramadan RTM 2021 Edisi Ke-9 di Angkasapuri

Dilihat Seperti Queen Control, Sharifah Shahirah Dedah Dirinya Dominan Tapi…