in , ,

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Malaysia & Singapura

Pada 1 November yang lalu, Budiey telah berkesempatan untuk menghadiri sidang media pelancaran lagu dari penyanyi dan penghibur dari Malaysia dan Singapura di bawah label Guzzbuzz Productions yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Sidang media yang diadakan secara santai ini adalah untuk melancarkan serta memperkenalkan lagu-lagu yang bakal disiarkan hasil sentuhan dan buah tangan dari komposer tersohor iaitu Bobb Ghazali yang juga selaku penerbit dari Guzzbuzz Productions dengan penampilam khas bersama artis-artis dari Malaysia dan Singapura.

Antara artis dan penyanyi terkenal yang diperkenalkan seperti Azan Scan (MY), Akid Aly (MY), General Ling (SG), Z-loco (SG) dan Ize Suliman (SG). Bukan sahaja lagu-lagu Bahasa Melayu malahan ada juga lagu yang berbahasa Mandarin/Hokkien dan juga berbahasa Inggeris.

Budiey Channel ingin mengucapkan tahniah buat Guzzbuzz roductions di atas kejayaan mengadakan majlis pelancaran lagu-lagu dari artis-artis ini termasuk dari artis otai yang pernah menyertai Gegar Vaganza satu ketika dulu bernama Azan Scan. 

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Semasa sesi bersama media, semua penyanyi dan artis yang terlibat telah menampilkan kebolehan dan bakat masing-masing dan media menyaksikan sendiri nyanyian mereka secara langsung dan ada media yang merasakan artis di bawah label ini boleh pergi jauh terutama sekali ada media yang meremang bulu roma apabila Azan Scan mendendangkan lagu terbaru beliau ternyata otai masih berbisa! 

Berikut adalah senarai artis di bawah naungan Guzzbuzz Productions:

Z-Loco

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Sejak tahun 2003, Z-Loco telah membina niche unik dalam dunia muzik sebagai artis freestyle, rapperdan beatboxer. Beliau berasal daripada budaya hip-hop tahun 2000-an dan beliau telah mendapatkan inspirasi daripada tokoh-tokoh beatboxer terkemuka seluruh negara seperti Tupac Shakur, Eminem, dan The Notorious B.I.G., serta ikon reggae Johnny Osbourne. Perjalanan Z-Loco dalam freestyling bermula dalam tahun-tahun awalnya, di mana dia cepat dikenali kerana keupayaannya untuk menghasilkan lirik-lirik secara spontan memikat penonton dengan kemahiran improvisasinya.

General Ling

Selepas mewakili Singapura dalam Kejohanan Beatboxing Dunia di Berlin, bekas askar-artis kelahiran Singapura ini telah mengorak langkah lebih jauh untuk menerokai muzik di luar kemampuannya di mana beliau telah berjaya mencipta set dinamik meledak melalui seni Beatbox. General Ling mula terkapai-kapai menulis lirik pada kertas untuk menyatakan perjuangan, ketabahan dan dorongan untuk berjaya – topik yang dia dan rakan-rakannya hadapi setiap hari dalam kehidupan di bandar yang serba pantas.

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Setelah mengeluarkan “General Ling” bersama Far East Empress Masia One, Supamojo dan duo produksi Jerman C.O.W, dia berhasrat untuk menggunakan rap, nyanyian dan beatbox untuk memberi inspirasi kepada orang lain melalui kekuatan dan keberaniannya sendiri untuk mengejar keberanian dan kehebatan. 

Memecahkan status quo dengan memukul lirik “straight to the point” dan bergerak lancar antara bahasa Inggeris, Cina,Hokkien dan Beatboxing dengan satu mesej, jangan takut untuk menjadi diri sendiri dan menjadi diri anda yang sebenarnya. Pencarian untuk “keaslian dalaman”. Dengan kerjasama – “Bukan semua yang Glitters adalah Emas” – dia mendedahkan kelemahan kehidupan dan suara sebagai mangsa yang terselamat.

Akid Aly

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Muhammad Akid Fahmi atau dikenali sebagai Akid Aly lahir pada 12 Mac 1999 berusia 24 tahun adalah seorang penyanyi, penulis lirik, model yang berasal dari Jerantut, Pahang. Beliau amat meminati lagu bergenre balada jazz & hip hop. Pada tahun 2023 beliau telah bernaung di bawah satu label iaitu GuzzBuzz Production Singapura.

Ize Suliman

Muhammad Idris Suliman atau dikenali sebagai Ize lahir pada 21 May 1984 dan kini sudah berusia 39 tahun adalah seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon yang berasal dari Singapura. Ize Suliman amat meminati lagu bergenre pop dan balada.

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Azan Scan

Penyanyi yang satu ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau adalah penyanyi lama yang masih bertahan sehingga kini. Nama penuhnya Noor Hazan Bin Rashid atau lebih dikenali sebagai Azan Scan, lahir pada 2 Mac 1972 ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer dan pelakon di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Scan sebagal vokalis sehingga ke hari ini. Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah Kau Dipaksa Aku Terpaksa, Disana Mawar Disini Penawar dan banyak lagi. 

Guzzbuzz Productions Perkenal Barisan Artis Berbakat Besar Malaysia & Singapura

Azan Rashid juga menyertai Gegar Vaganza musim ke 8 dan berjaya dapat menduduki tangga ke 5 di peringkat akhir memberi saingan kepada perserta Gegar Vaganza seperti Aliff Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Arwah Adibah Noor, Aweera dan lain-lagi. Kini Azan kembali aktif di dalam industri muzik bersama single baru bersama Kumpulan Scan dan juga bergerak secara solo.

Di dalam sidang media tersebut turut dipersembahkan lagu-lagu nyanyian artis di atas:

  1. You Don’t Know Me-Z-Loco
  1. Forget It – General Ling
  1. Ada Apa Hal – Akid Aly
  1. Bulan Menjadi Saksiku – Ize Sulaiman

Manakala Azan mendendangkan 2 buah lagu iaitu Kasih dan Selamat Hari Ulang Tahun.

Semoga semua artis dan penyanyi ini berjaya melakar sejarah dan bakat mereka diterima oleh semua peminat muzik di Malaysia dan juga Singapura. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Membongkar Teknik Teras Falsafah Samsung untuk Inovasi Perkakas Rumah

GADIS KRETEK NETFLIX

Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama GADIS KRETEK di Netflix