in

GUAMUZIK Bantu Mangsa Bencana Alam Jepun

GUAMUZIK SERTAI MISI GLOBAL MEMBANTU MANGSA BENCANA ALAM DI JEPUN

Budiey BlogGuaMuzik kini turut menyertai usaha industri muzik global menyelamat dan membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun. Lebih daripada 30 artis kontemporari antarabangsa terkenal telah menyertai pelancaran antarabangsa “Songs for Japan”, sebuah kompilasi yang mengandungi 38 lagu hits dan klasik terbaik, yang kini boleh didapati melalui GuaMuzik dengan harga serendah RM32.90 sahaja.

Hasil keseluruhan jualan album ini akan didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Jepun (PBSM Jepun) dalam usaha mereka membantu misi menyelamat mangsa bencana alam di Jepun.

Melalui sumbangan hasil jualan album, akan digunakan untuk pelbagai usaha bantuan fizikal segera dan baik-pulih trauma terhadap populasi masyarakat yang terjejas. Menariknya dalam produksi album kompilasi ini, kesemua pihak yang terlibat termasuk para artis, label rakaman dan para penerbit mengenepikan pembayaran royalti untuk keuntungan jualan di kesemua pasaran antarabangsa bagi memastikan PBSM Jepun menerima bantuan semaksimum mungkin hasil inisiatif global ini.

Album kompilasi “Songs for Japan” menyenaraikan trek terhebat daripada artis-artis terkenal antarabangsa antaranya seperti:
1. John Lennon “Imagine”
2. U2 “Walk On”
3. Bob Dylan “Shelter From The Storm”
4. Red Hot Chili Peppers “Around The World”
5. Lady Gaga “Born This Way”
6. Beyonce “Irreplaceable”
7. Bruno Mars “Talking To The Moon”
8. Katy Perry “Firework”
9. Rihanna “Only Girl (In The World)”
10. Justin Timberlake “Like I Love You”
11. Madonna “Miles Away”
12. David Guetta “When Love Takes Over”
13. Eminem “Love The Way You Lie”
14. Bruce Springsteen “Human Touch”
15. Josh Groban “Awake”
16. Keith Urban “Better Life”
17. Black Eyed Peas “One Tribe”
18. Pink “Sober”
19. Cee Lo Green “It’s Ok”
20. Lady Antebellum “I Run To You”
21. Bon Jovi “What Do You Got?”
22. Foo Fighters “My Hero”
23. R.E.M. “Man On The Moon”
24. Nicki Minaj “Save Me”
25. Sade “By Your Side”
26. Michael Bublé “Hold On”
27. Justin Bieber “Pray”
28. Adele “Make You Feel My Love”
29. Enya “If I Could Be Where You Are”
30. Elton John “Don’t Let The Sun Go Down On Me”
31. John Mayer “Waiting On The World To Change”
32. Queen “Teo Torriatte (Let Us Cling Together)”
33. Kings Of Leon “Use Somebody”
34. Sting “Fragile”
35. Leona Lewis “Better In Time”
36. Ne-Yo “One In A Million”
37. Shakira “Whenever, Wherever”
38. Norah Jones “Sunrise”

Untuk muat-turun album digital “Songs for Japan”, layari www.guamuzik.com.my/songsforjapan sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Malaysia

Ais Krim Walls Perkenal Fruit Salad & Mocha Crumble