in

Ais Krim Walls Perkenal Fruit Salad & Mocha Crumble

Ganjaran Lazat dan Menyelerakan lagi Sempurna untuk Keluarga Anda!

Pernahkah anda teringin satu menikmati ais krim lazat lagi menyelerakan sebagai pencuci mulut yang menyeronokkan di waktu bersantai pada hujung minggu? Usah bermimpi lagi kerana Wall’s kini di sini untuk memenuhi selera anda dengan dua perisa ais krim yang lazat dan berkrim.

Wall’s, jenama ais krim terkemuka di Malaysia, memperkenalkan dua perisa baru yang padat dengan kombinasi menarik seperti kacang, cip coklat dan 7 variasi buah-buahan. Kedua-dua perisa baru ini telah diwujudkan untuk memberi satu pengalaman manis dan merangsang deria dengan setiap skup.

Rangkaian Wall’s Selection serba baru didatangkan dalam pek keluarga praktikal, penuh dengan kebaikan ais krim untuk memberi anda satu pengalaman ceria. Ia ditawarkan dalam dua perisa melazatkan – Fruit Salad dan Mocha Crumble. Setiap sudu ais krim diserikan dengan campuran bahan kegemaran anda sekaligus meningkatkan keceriaan masa bersantai dengan keluarga.

Untuk menikmati sensasi tropika, rasailah salad buah Wall’s Selection. Ketulan koktel buah-buahan manis lagi berjus yang diperbuat daripada betik, buah pic California, anggur, buah pear dan pusaran ceri yang berpusar dalam ais krim berkrim sememangnya penuh perisa.

Bagi semua penggemar kopi, nikmatilah rasa unggul Wall’s Selection Mocha Crumble. Ais krim kopi pekat lagi lembut yang sarat dengan bongkah enak cip coklat dan ketulan kacang gajus ini adalah satu adunan dingin yang anda pasti tidak mahu terlepas menikmatinya.

“Wall’s sentiasa komited ke arah memberikan pengalaman ais krim unik kepada setiap peminat ais krim. Pengalaman Wall’s selama lebih 44 tahun diadunkan ke dalam setiap tab dan Wall’s Selection baru menggunakan bahan berkualiti yang dipilih dengan teliti serta digabungkan untuk menghasilkan resipi lazat dan rasa yang menyelerakan”, kata Hugo Verkuil, Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kami ingin sentiasa merapatkan hubungan keluarga pada hujung minggu dan mewujudkan saat-saat penuh bermakna dengan memberi mereka ais krim hebat untuk dinikmati dan dikongsi seluruh keluarga,” tambah Verkuil.

Satu ganjaran unik, Wall’s Selection membolehkan anda menikmati saat-saat indah berkrim yang boleh dikongsi di kalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Setiap pek keluarga didatangkan dalam tab menegak yang praktikal 800ml, memberikan anda manfaat menikmati suduan penuh kelazatan besar untuk kebahagiaan dan keseronokkan tambahan. Ditawarkan pada harga RM10.90 bagi setiap pek keluarga, Wall’s Selection disediakan di semua pasaraya hyper dan pasaraya di seluruh negara.

Dengan penambahan dua perisa baru dalam rangkaian pencuci mulut lazat, Wall’s Selection kini memberi consumer lima perisa hebat. Double Dutch, Very Rocky Road dan Cookies n’ Cream serta Fruit Salad dan Mocha Crumble akan membuat anda sukar membuat pilihan.

Nikmati saat-saat indah serta satu detik yang penuh kelazatan dengan ahli keluarga anda pada hujung minggu ini dengan rasa hebat ais krim Wall’s Selection.
Untuk maklumat lanjut mengenai Wall’s Selection, sila layari www.walls.com.my.

Walls

Wall’s Selection – Fruit Salad

Ais krim berperisa krim dengan ketulan koktel buah-buahan.
Wall’s Selection – Mocha Crumble

Ais krim berperisa mocha dengan cip coklat dan kacang gajus.

Walls

Wall’s Selection – Double Dutch

Ais krim vanilla mewah diadun dengan sos coklat lembut serta marshmallow, cip coklat dan kacang gajus.
Wall’s Selection – Very Rocky Road

Ais krim coklat mewah dengan marshmallow lembut serta kacang rangup dan cip coklat.
Wall’s Selection – Cookies n’ Cream

Ais krim vanilla berkrim yang padat dengan ketulan biskut lazat.

Latar belakang WALL’S
Wall’s adalah jenama ais krim yang terkemuka di Malaysia selama lebih 44 tahun. Wall’s adalah salah satu jenama syarikat multi-nasional tersohor Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Unilever adalah peneraju dunia di dalam industri ais krim dan telah, dalam tahun-tahun yang lalu, melancarkan pelbagai produk ais krim yang berjaya. Antara inovasi-inovasinya termasuklah Selection, Cornetto, Magnum, rangkaian Paddle Pop dan rangkaian Mini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GUAMUZIK Bantu Mangsa Bencana Alam Jepun

Sekitar Karnival Pelancongan Belia 2011