in

Nama Shiva Shobitha Melonjak Selepas Berlakon Produksi Marvel GOTHAM

SEBELUM ini, seorang pelakon Malaysia diberitakan mendapat tawaran satu produksi adiwira popular di Hollywood, Marvel Studios namun terpaksa menolak saat akhir atas alasan ‘prinsip diri’.

Perkara itu nyata mengecewakan penggemar industri seni tanah air yang telah ternanti-nanti kemunculannya di dalam produksi besar itu.

Shiva Shobitha Kalaiselvan

Namun, rakyat Malaysia dikejutkan apabila anak jati Kuala Lumpur, Shiva Shobitha Kalaiselvan membuat kemunculan sulung di saluran Fox menerusi drama bersiri popular, Gotham, Jumaat lalu.

Shiva bukanlah seorang aktres yang dikenali di Malaysia namun mendapat peluang membawakan watak Lelia yang merupakan salah satu karakter dalam DC Comics di bawah francais Batman.

Pelakon yang berpangkalan di Manhattan, New York, Amerika Syarikat itu muncul dalam episode 16 siri keempat drama bersiri itu bertajuk ‘A Dark Knight: One of My Three Soups’ dan wataknya mengetuai satu kumpulan pembunuh dikenali sebagai League of Shadows.

Shiva Shobitha Kalaiselvan

Biar pun episod berkenaan merupakan kemunculan pertamanya dalam Gotham, ini bukanlah kali pertama Lelia muncul di kaca televisyen di negara Uncle Sam itu.

Sebelum ini, Shiva pernah muncul sebagai bintang undangan dalam beberapa episod siri The Originals terbitan saluran CW membawakan watak bernama Ivy.

Lapor BH Online, Shiva sebenarnya sangat aktif dalam bidang teater di negara itu dan pernah dipertanggungjawabkan menerbitkan dua pementasan teater di New York.

Shiva Shobitha Kalaiselvan

Malah, Shiva yang sebelum ini merupakan seorang perunding pelaburan juga pernah muncul dalam beberapa produksi teater di Malaysia namun masih tidak dikenali ramai.

Pemegang ijazah sarjana dari Universiti Columbia, New York itu juga berkongsi keterujaannya apabila memuat naik gambar dan video pendek dirinya berada di set penggambaran drama siri berkenaan di Instagramnya.

Shiva Shobitha Kalaiselvan

Dalam pada itu, kemunculan aktres berkenaan dalam Gotham meraih pujian ramai rakyat Malaysia di media sosial yang rata-rata dari mereka berbangga seorang pelakon negara dapat muncul dalam siri popular itu dan menyampaikan ucapan tahniah mereka.

“Tidak seperti beberapa pelakon wanita Malaysia lain, dia (Shiva) langsung tidak membuat kekecohan besar. Dia hanya muncul dalam Gotham sebagai Leila. Tahniah Shiva Shobitha.

“Selepas muncul dalam siri The Originals, sekarang siri ini. Berharap dapat lihat lebih banyak lakonannya selepas ini,” tulis pengguna akaun Klubbkiddkl di Twitter.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja Shiva muncul dalam sebuah produksi besar di luar negara. Tahniah diucapkan kepadanya. Diharap selepas ini lebih ramai pelakon Malaysia berani untuk mencuba nasib di produksi-produksi besar di luar negara.

Screen Shot 2018-04-02 at 11.31.34 AM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cristina Suzanne Selamat Nikah Dengan Jejaka Johor

Menangi iPhone X dengan Menghadiri Gema Lebaran 2018