in

Gossip: Pelakon Besar Kepala dan Perasan Bagus Kena Buang

Soseh Soseh: Digugur dek besar kepala
Dipetik dari Harian Metro

TIDAK dinafikan pelakon lelaki ini memang berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh dalam industri perfileman tanah air. Maklumlah, dia bukan saja berbakat besar dalam bidang lakonan, tetapi pada masa sama seorang anak seni yang kreatif juga. 

Kehadirannya juga menjadi perhatian hingga disebut-sebut sebagai pelapis pelakon hebat sedia ada seperti Rosyam Nor atau Eman Manan. Bagaimanapun, akhir-akhir ini SS lihat agak senyap juga cerita mengenai pelakon ini. SS tidak tahu mengapa apakah pelakon itu memberi tumpuan kepada projek besarnya seperti mengkaji watak diserahkan kepadanya.

Tapi SS ada dengar cerita kehebatan lakonannya dicacatkan sikap ‘besar kepala’ dan perasan bagus yang boleh menjejaskan masa depannya sendiri dalam bidang seni. Kalau benarlah cerita ini, SS tumpang sedih kerana baru disebut-sebut boleh pergi jauh sudah besar kepala.

Menurut cerita rakan SS, gara-gara sikap buruknya itu, namanya juga terpaksa digugurkan daripada beraksi dalam satu pementasan muzikal yang bakal dipentaskan di luar negara oleh pihak produksi terbabit.

Nampaknya, pihak produksi itu sudah tidak boleh bersabar lagi dengan kerenahnya dan memutuskan watak pelakon lelaki itu digantikan dengan orang lain. SS harap pelakon itu cepat-cepat membuang tabiat buruknya itu kerana ia boleh menjejaskan nama baik dan periuk nasinya dalam bidang seni.

Ingatlah, sehebat mana sekalipun ilmu lakonan dan belakang tabir yang anda miliki, tidak ada salahnya merendah diri dengan orang lain. Ini baru satu produksi yang mengambil tindakan menggugurkan namanya, bagaimana pula jika produksi drama atau teater lain dapat tahu dan turut mengambil tindakan sama? Yalah, siapa yang nak bekerja dengan pelakon yang bermasalah?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini

Akhirnya Ajai & Liza Kahwin 15 Ogos 2009