in , ,

Gossip & Rumors Tersebar Neelofa & Fattah Amin Tampil Buat Pengakuan

Bertemu dengan peminat Neelofa dan Fattah Amin yang menggelarkan diri mereka LOFATTAH pada hari Sabtu lalu cukup memberikan makna bagi diri Budiey sendiri sebagai pemerhati perkembangan dua selebriti terkenal ini. Ternyata, semua sangat mesra walaupun pertama kali jumpa. Tak lokek untuk menegur Budiey. Seramai lebih 300 orang peminat yang datang dari seluruh Malaysia dan ada yang datang jauh dari Singapura dan Brunei telah hadir bertemu dan beramah mesra dengan Fattah Amin dan Neelofa. Acara ini sangat meriah dan happening sekali. Tahniah buat penganjuran.

Walaupun sekarang ini, kecoh dengan pelbagai rumors, spekulasi dan gossip liar tentang kegoyahan hubungan mereka berdua, namun tidak menghalang seinci pun mereka untuk bertemu mata dengan peminat tegar. Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Familia Lofattah yang sudi menjemput Budiey.com untuk buat FB Live di acara yang cukup happening dengan tema Fairytale ini. Semua nampak sedondon dengan memakai baju warna cream.

Untuk info, Familia Lofattah telah menghimpunkan banyak sekali akaun IG peminat. Macam-macam nama ada. Antaranya, Lofattah Team, Lofattah Frenz dan macam-macam lagi lah. Nak senaraikan sini pun memang agak susah sebab banyak sangat. Korang boleh cari sendiri di Instagram ya. Hebat tak hebat penangan Fattah Amin dan Neelofa ini sehingga banyak sekali grup peminat dan mereka bergabung menjadi satu dalam Familia Lofattah.

Semasa acara ini berlangsung, Budiey sempat merakam antara ucapan kedua-dua selebriti ini yang telah menjelaskan tentang isu dan rumors yang hangat diperkatakan. Menurut Neelofa, terlalu banyak spekulasi yang tidak betul tentang diri mereka berdua diperkatakan di media sosial. Banyak fakta yang diselewengkan dan tidak betul. Spekulasi liar inilah yang menjadikan ramai peminat tidak duduk senang. Jadi, dengan penerangan serta penjelasan yang dibuat oleh Fattah Amin dan Neelofa ini, sekurang-kurangnya dapat menenangkan keresahan hati peminat.

Korang boleh tonton sendiri dari video yang telah Budiey upload di Youtube:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto New Sneak Preview MARVEL’S IRON FIST

Suasana Mewah & Megah di Aryaduta Jakarta, Tugu Tani