in

Gossip: Ezlynn dan Taufik Batisah Bercinta?

Ehem, ehemm… saje ni nak mengusik Ezlynn dan Taufik Batisah. Bukannya apa, nampak diorang ni mesra semacam je. Semalam Budiey ada bertandang sekejap di Majlis Pelancaran Album Terbaru Taufik Batisah berjudul SUARA HATIKU di Red Box Ria, tingkat 8, Pusat Membeli Belah SOGO. Bersekali dengan itu jugak, Red Box Ria ada buat prebiu untuk Buffet Ramadan untuk para media. Kira ada 2 event dalam satu masa. Jimat kos sikit. Menu masakan kali ini memang lazat~!

Okaylah… masa Budiey tiba di dalam dewan Red Box, ternampak kelibat Ezlynn. Tertanya jugak, apa Ezlynn buat kat sini. Mmm… rupanya, Ezlynn ni peminat setia penyanyi dari Singapura. Ezlyn sangat kagum dengan suara emas milik Taufik. Tapi memang betullah, sungguh dahsyat jugak penangan juara Singapore Idols ni. Sebab semalam, dia ada nyanyi 4 buah lagu barunya. Ezlynn pulak katanya tengah plan buat lagu single, nak sangat berduet dengan band indie. Kalau jadi ni, mesti best~!

Masa lagu terakhir, Taufik Batisah ada tujukan lagu untuk Ezlynn…. ehem~ehem~ mesti diorang ni ada apa-apa kan? Haaa… gosip jangan tak gosip~!

Tapi diorang memang sepadan kan?

3814385613 4C49E05Fa7 O | 4

Amboi mesranya….~!

3814386491 55E2A35098 O | 5

3815196224 3067C29Bcb O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Panas Hafiz AF7

Asri Rabbani Meninggal Dunia