in

Gossip: Aktor Veteran Berkepit Wanita Muda

Soseh Soseh: Aktor veteran berkepit wanita muda

Dipetik dari Harian Metro

Rap
DAH tua, masih miang keladi. Megah betul aktor veteran itu dapat berkepit dengan perempuan muda. Kalau berkawan dengan orang muda yang elok pekerti tak apalah juga, padanlah dengan usia aktor itu, kalau tak salah SS pernah beristeri dua. Tetapi sekarang tinggal satu saja. 

Kawan SS ini, kalau cuti hujung minggu suka benar dia menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dengan alasan hendak tenangkan fikiran. Jadi, dalam pada berjalan itu macam-macam bendalah dia nampak.

Kata kawan SS itu, dia terkejut juga dan antara percaya dengan tidak melihat aktor itu keluar dari pusat hiburan terkenal berkepit dengan perempuan muda yang pakai baju macam tak cukup kain.

Setahu SS sekarang musim jualan murah, semeter kain baru empat lima ringgit tapi agaknya sekarang cuaca panas, jadi tutup mana perlu saja, yang lain ‘kira jualan murahlah’.

Perasan yang dia sedang diperhatikan, aktor itu cuba melindungi wajahnya dengan topi yang dipakai. Hendak sembunyi macam mana, topi atas kepala itu besar sikit daripada tapak tangannya. Lagi pun mana orang keliling tak kenal kerana drama lakonannya pun selalu disiarkan di televisyen.

Kalau dah tahu malu, lain kali jangan buat perangai macam orang muda. Berkepit sana sini dengan gadis yang sudah boleh dijadikan anak. SS nak kata itu isteri mudanya, tak dengar pula aktor itu berkahwin lagi satu kerana setahu SS, isteri aktor itu boleh tahan juga garangnya.

Senang cerita, kalau tak ada kerja dok kat rumah main dengan cucu. Hidup kita di dunia ini semakin singkat, karang tak sempat tengok cucu membesar, Allah panggil menghadapNya. Mengingatkan itu, SS jadi takut kerana SS belum cukup amal untuk menghadap Yang Maha Esa sedangkan Dia boleh panggil kita bila-bila masa.

Lagipun memang tak manis, dah tua begitu dok melepak kat pusat hiburan. Elok cari sejadah, perbanyakkan amal ibadah. Berkat hidup, rezeki pun datang mencurah.

Apabila orang dah kenal siapa dia, tahu pulak hendak menyorok. Manusia zaman sekarang tidak pernah mahu belajar dan mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Tapi SS tidak tahulah pula kalau apa yang dilakukan pelakon itu untuk menghayati watak. Manalah tahu, dia baru saja diberi watak sebagai orang tua yang gila dangdut dan berkepit dengan gadis muda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Almy Nadia dan Fizow

Gambar Pelakon Noniswara Kahwin