in , ,

Google Dedah Spesifikasi Dan Rekaan Penuh Telefon Pintar Pixel 6 & Pixel 6 Pro

Google nampaknya seperti tidak sabar untuk memperkenalkan model terbaru telefon pintar mereka yang dijangka bakal hadir pada tahun ini iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Google secara mengejut meniriskan maklumat mengenai peranti Pixel mereka

Jadi, Google telah berkongsikan beberapa info menarik tentang Pixel 6 dan Pixel 6 Pro lebih awal yang dibuat menerusi platfom sosial Twitter. Mereka mengesahkan rekaan aneh yang tertiris sejak sebulan yang lalu adalah benar dan berkongsi sedikit sebanyak mengenai cip Google Tensor yang dibangunkan sendiri.

Menurut beberapa media barat seperti The Verge dan MKBHD, menerusi Pixel 6 dan Pixel 6 Pro Google akan menjadi lebih serius dalam memasarkan telefon pintar mereka.

Google menyatakan, kedua-dua model telefon pintar terbaru mereka ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru yang direka khas oleh Google sendiri khusus untuk Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Cip tersebut dikenali sebagai Google Tensor.

Google Dah Tak Sabar, Spesifikasi Dan Rekaan Penuh Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro Didedahkan

Google menyatakan dengan Google Tensor, teknologi pengecaman percakapan menjadi lebih maju sekaligus meningkatkan keupayaan ciri arahan suara, mengalih bahasa, kapsyen dan perencanaan (dictation).

Pixel 6 Pro juga dilengkapi dengan 3 kamera termasuklah lensa telefoto dengan optikal zoom 4x.

Bagi pixel 6 pula, ia masih dilengkapi 3 kamera sepertimana versi Pro. Cuma ia tidak mempunyai lensa telefoto.

Google juga memperlihatkan reka bentuk penuh Pixel 6 serta antaramuka sistem peranti itu sepenuhnya.

Berkaitan ciri keselamatan pula, Google mendakwa Pixel 6 adalah telefon pintar yang dilengkapi dengan perkakasan keselamatan terbaik yang belum pernah ada dalam mana-mana telefon pintar setakat ini.

Google juga seperti seakan memberi petanda bahawa mereka tidak akan menamakan peranti mereka ini Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Jadi, adakah Pixel akan dijenamakan dengan nama yang baru?

Google tidak memberikan tarikh tepat bilakah mereka akan melancarkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Tetapi memberi bayangan yang ia akan dilancarkan dalam musim luruh iaitu antara bulan September Hingga Oktober nanti.

Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League & Dapatkan Tawaran dari KFC

Suria FM Anjur Perarakan Animasi Virtual Bersama KL Sketch Nation Sempena Merdeka