in ,

Gone With the Wind Filem Klasik Sempena Krismas

GONE WITH THE WIND – FILEM KLASIK SEMPENA KRISMAS DI TV2

Sebagai menghargai kehebatan filem-filem klasik yang pernah melekat di hati penonton suatu ketika dahulu, sebuah filem klasik hasil keluaran tahun 1939, Gone with the Wind bakal muncul di kaca TV anda yang akan dibawakan khas sempena sambutan Krismas pada tahun ini oleh stesen yang tetap unggul Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 26 Disember 2010 ini, jam 3 petang di TV2.

Sebagai filem klasik yang tidak dapat dinafikan kehebatannya, filem yang telah diadaptasi oleh menerusi novel hasil tulisan Margaret Mitchell ini telah memenangi anugerah novel Pulitzer pada 1936. Filem Gone with the Wind yang telah merangkul 8 anugerah ini juga telah dikenali sebagai sebuah filem romantik yang hebat yang pernah dihasilkan pada ketika itu.

Filem klasik Gone with the Wind yang dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Clark Gable, Vivien Leigh, Leslie Howard, Olivia De Havilland, Hattie McDaniel, Ona Munson, dan Thomas Mitchell ini memaparkan jalan cerita yang begitu menarik sekali dengan adanya set mewah yang direka khas sekitar perang saudara pada ketika itu.

Watak utama dalam filem klasik ini adalah Scarlet O’Hara seorang gadis manja yang kaya. Scarlet mempunyai dua orang kakak, tetapi sikap dan sifatnya yang begitu bersemangat dalam segala bidang membezakan Scarlett daripada kakak-kakaknya.

Scarlett mencintai seorang jejaka bernama Ashley Wilkes, yang bakal berkahwin dengan seorang wanita yang sangat lemah lembut dan pemalu bernama Melanie Hamilton. Apabila Scarlett meluahkan perasaanya terhadap Ashley, dia pun menyatakan perkara yang sama terhadap Scarlett tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana menyedari bahawa dia bakal mengahwini Melanie seorang gadis yang begitu layak digelar isteri.

Filem klasik yang mengisahkan tentang kisah percintaan yang penuh dramatis ini berlaku di sekitar zaman perang saudara di Amerika dimana terdapat pelbagai pergolakan dan konflik yang berlaku terhadap mereka.

Filem klasik yang telah merangkul beberapa anugerah ini adalah hasil arahan Victor Fleeming yang juga telah memenangi anugerah Oscar untuk kategori direktor terbaik. Filem ini telah mencuri hati setiap penonton pada ketika itu. Untuk mengetahui kesudahan filem klasik Gone with the Wind ini, jangan lupa temu janji anda pada 26 Disember, 2010, jam 3 petang hanya di TV2.

Annex-Leigh-Vivien-Gone-With-The-Wind_01

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raj Winner The Biggest Loser Asia Season 2

Crime Investigation Asia